Lanjutan: Makhluk Asing, Alien Dalam AlQuran

“Sains yang di terima adalah sains yang tidak bercanggah dengam nas Al Quran dan Hadis”

Firman Allah SurahAl Baqarah Ayat 2 bermaksud :-

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”

Artikel-artikel yang akan dikemukakan didalam blog MYTERA 3 ini tidak akan sama sekali cuba untuk membuat sebarang kesimpulan, atau mendorong pembaca untuk bersetuju atau percaya tentang sesuatu isu terutamanya yang membabitkan kepercayaan dan akidah agama.

Penulis cuba untuk melihat sesuatu isu melalui hasil penyelidikan dan penyelidikan penulis sendiri dari sudut ilmu Al Quran dan hadis seberapa tepat yang mungkin. Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk mencari keredaanNya dan keampunanNya.

Penulis cuba seberapa yang mampu mengetengahkan hujah-hujah dengan merujuk kepada Al Quran dan hadis dan para pembaca blog ini digalakan untuk mencari rujukan-rujukan mereka sendiri. Terjemahan-terjemahan ayat diambil terus dari tafsir Al Quran sepenuhnya tanpa memotong sebahagian daripada ayat. Tujuannya adalah untuk untuk memastikan terjemahan tersebut tidak terkeluar (lari) dari maksud ayat-ayat Al Quran berkenaan dan menepati tajuk perbincangan artikel ini.

Para pembaca digalakan berfikiran kritis dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas.

Pandangan dan kritikan tajam pembaca, dari pelbagai sudut keilmuan seperti, aspek, kepercayaan, sejarah dan sebagainya amat dialu-alukan. Saya amat berharap blog ini mampu menjadi satu wadah bagi mereka yang cuba mencari kebenaran disebalik kejadian UNIK dan MISTERI didunia pada hari ini. Sampaikanlah walau sepotong ayat.

المايا روز

Artikel ini dimulakan dengan tafsiran Al Quran yang menyatakan bahawa terdapat kehidupan lain (makhluk asing) selain dari Manusia, Malaikat, Jin, Haiwan dan segala makhluk yang terdapat di bumi Allah ini. Apabila kita sudah dapat menerima hakikat bahawa sememangnya makhluk asing (Alien) itu wujud, barulah kita boleh meneruskan perbincangan kita ke persoalan yang seterusnya.

Firman Allah Surah An-Nisaa (004) Ayat 82.

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

Apa yang menjadi kewajiban manusia adalah untuk berpegang teguh pada kitab suci yang Allah turunkan ini, dan menerimanya sebagai satu-satunya petunjuk hidup. Dalam salah satu ayat, Allah menyeru kita:

Firman Allah Surah Al-An’am (006) Ayat 155.

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

Dalam beberapa ayat-Nya yang lain, Allah menegaskan:

Firman Allah Surah Al-Kahf (018) Ayat 29.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

Firman Allah Surah ‘Abasa (080) Ayat 11 hingga 12.

Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

Firman Allah Surah Al-Baqarah (002) Ayat 117.

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia.

Surah ini menjadi dalil kekuasan Allah kerana Allah yang berkuasa mencipta langit dan bumi dengan segala keindahannya yang ada pada langit dan bumi. Keindahan pada zaman ini dikaitkan dengan aksesori. Oleh itu aksesori bagi bumi dan langit yang dijadikan oleh Allah itu amat banyak, termasuklah makhluk-makhluk yang bernyawa dan juaga makhluk-makhluk yang tidak bernyawa. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan juga termasuk didalam aksesori yang dijadikan oleh Allah apabila Allah mencipta bumi ini.

Begitu juga apabila Allah mencipta langit dengan segala keindahannya. Bintang dan planet-plenet bergerak secara tersusun diatas jalan masing-masing, berjuta-juta bintang berkelipan di angkasa dan pelbagai makhluk lain yang diciptakannya dan hanya Allah saja yang mengetahui. Apabila Allah mencipta bintang dan planet-planet, Allah juga mencipta aksesori bagi planet-planet tersebut, dan sudah tentulah Allah mencipta makhluk-makhluk Allah yang lain untuk menjadi penghuni planet-planet tersebut dan manyembahNya sebagai tuhan yang esa.

Ditemukan pada 23 Julai, 1995, oleh dua pemerhati bebas, Alan Hale dan Thomas BOPP, dari Amerika Syarikat.

Ditemukan pada 10 Disember, 1995, oleh pemerhati bebas,Leonid Elenin dari Lubertsy city, Russia.

Ahmad bin Al-Hasan menceritakan kepada kami, Ushbugh bin Al-Faraj memberitahukan kepada kami, Abdullah bin Wahb memberitahukan kepada kami dari Amr bin Al-Harits bahawa ia menceritakan kepadanya dari Said bin Abi Hilal dari Khuzaimah dari Aisyah bind Sa’ad bin Abi Waqqash dari ayahnya “Bahawa ia masuk beserta Rasulullah S.A.W. kepada seorang wanita dan dihadapannya terdapat biji kurma atau ia berkata batu kecil untuk menghitung bacaan tasbihnya lalu beliau bersabda: “Mahukah kami beritahukan kepada mu sesuatu yang lebih mudah bagi mu daripada ini dan lebih utama? yaitu: (Maha Suci Allah sebanyak makhluk yang Dia ciptakan di langit. Maha Suci Allah sebanyak makhluk yang Dia ciptakan di bumi. Maha Suci Allah sebanyak makhluk yang berada di antara langit dan bumi dan Maha Suci Allah sebanyak makhluk yang Dia ciptakan. Allah Maha Besar sebanyak itu dan segala puji bagi Allah sebanyak itu dan tiada daya dan upaya selain dengan Allah sebanyak itu). ” Hadis ini adalah hasan gharib dari hadisnya sa’ad.

Dipetik dari Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3639

Hadis yang dipetik diatas adalah merupakan antara beberapa hadis Rasullah yang menerangkan dengan jelas bahawa kekuasaan Allah adalah meliputi segalanya (sekelian Alam). Allah berkuasa keatas makhluk yang diciptanya di langit di bumi dan diantara kedua-duanya. Nabi Muhamad bersabda kepada kita sememangnya ada dan terdapat makhluk lain (yang kita panggil makhluk asing) selain dari yang kita kenali seperti manusia, malaikat, jin, syaitan, haiwan (termasuk orgnisma) dan tumbuh—tumbuhan wujud dan tinggal diantara langit dan bumi.

Firman Allah Surah Surah Al i’Imran (003) Ayat 83.

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.

Firman Allah Surah Maryam (019) Ayat 93.

Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan dia akan datang kepada ( Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.

Ayat ini adalah penjelasan bahawa setiap makhluk di langit dan di bumi adalah hamba kepada Allah dan bertanggungjawab untuk beriman terhadapNya.

Firman Allah Surah An-Naml (027) Ayat 75.

Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata.

Firman Allah Surah Al i’Imran (003) Ayat 190.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Saya bermalam di rumah Maimunah (isteri Nabi) pada suatu malam. ketika Nabi Muhamad (S.A.W.) ada di situ kerana saya hendak memperhatikan bagaimana solat baginda di waktu malam. Baginda bercakap-cakap dengan isterinya barang sesaat, kemudian itu baginda tidur. Setelah sampai sepertiga yang terakhir dari malam hari atau seperti dua, baginda duduk dan memandang ke langit, lalu membaca: “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi..” sampai kepada “untuk orang berakal.” Kemudian itu baginda berdiri dan berwuduk serta membersihkan gigi, lalu solat sebelas rakaat. Sesudah itu, bilal azan untuk solat Subuh, lalu Nabi solat dua rakaat lagi dan keluar dari rumahnya dan solat Subuh menjadi imam bagi orang banyak.

Di petik dari Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2006

Rasulullah bersabda “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi..” sampai kepada untuk orang berakal.” sebagai makhluk Allah, yang percaya kepada kekuasaanya, juga sebagai umat Nabi Muhamad yang taat kepada ajarannya, bukalah pintu hati dan minda juga menggunakan akal untuk memahami,dan mempelajari wahyu-wahyu Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhamad S.A.W. Gunakanlah akal dan fikiran untuk melihat segala kejadian langit dan bumi bagi menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Akal manusia bukanlah hakim yang menentukan hukum-hukum atau membuat tasrih hukum-hakam Allah, tetapi manusia perlu mengunakan akal ini memahamkan hukum hakam, dan memahami wahyu-wahyu Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhamad S.A.W.

M7:Kelompok bintang dalam buruj Scorpius, terletak di tengah galaksi Bima Sakti, bintang-bintangnya yang bertaburan seperti debu. Mulakan kiraan dari sekarang dan disambung generasi demi generasi, jumlahnya tak terhitung Mahasuci Allah

Firman Allah Surah Al-A’raaf (007) Ayat 185.

Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?

Firman Allah Surah An-Naml (027) Ayat 025.

(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

Firman Allah Surah At-Tur (052) Ayat 17.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a., katanya pada suatu malam dia bermalam di rumah Nabi Muhamad (S.A.W.). Tengah malam baginda bangun dan pergi ke luar rumah. Baginda memandang ke langit, lalu baginda baca ayat: ‘Inna fi khalqis samawati wal ardhi wakhtilafil laili wan nahari’ hingga sampai ‘faqina adzaaban naar’ (Surah Al i’Imran Ayat 190 hingga 191). Kemudian Baginda kembali ke rumah, lalu menggosok gigi, mengambil wuduk, dan sesudah itu baginda solat: Sesudah solat baginda berbaring, kemudian bangun, keluar rumah, menengok ke langit sambil membaca ayat, kemudian masuk kembali, menggosok gigi, wuduk lalu solat.”

Di petik dari Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0201.

Apakah maksud ayat yang Nabi baca

Firman Allah Surah Al i’Imran (003) Ayat 190 Hingga 191.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Hendaklah kita menggunakan akal fikiran apabila melihat kejadian langit dan bumi dan hendaklah sentiasa mengingat bahawa semua iini adalah kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah. Kerana Allah tidak menjadikan apa yang ada pada langit dan bumi atau apa yang ada padanya (isinya) sebagai satu yang sia-sia

EOS Terra Earth dilancarkan pada Disember 1999 bagi memantau persekitaran Bumi. Terra Earth , mampu merekodkan pelbagai data dari pemerhatian tanah, serta bacaan atmosfera dan lautan.

Diberitakan oleh Abdullah r.a., katanya: “Ketika kami solat bersama-sama dengan Nabi Muhamad (S.A.W.), kami membaca “Assalam ‘alallaahi min ‘ibaadihi, assalamu ‘ala fulaanin wa fulaanin. (Salam untuk Allah dari hamba-Nya; Salam untuk di Anu dan si Anu). Mendengar bacaan itu Nabi Muhamad (S.A.W.) bersabda, “Janganlah kamu mengatakan Assalamu ‘alallaah “, kerana Allah itu sendiri adalah As Salaam. Tetapi bacalah: “At tahiyyaatu lillaahi, wash shalawatu wath thaiyyibaatu, Assalaamu ‘alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakaatuh, Assalaamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillaahish shaalihin. (Penghormatan untuk Allah, seluruh doa dan segala kebaikan, Salam untukmu hai Nabi, disertai rahmat dan berkat Allah, Salam untuk kami, dan untuk para hamba Allah yang soleh-soleh). Jika doa itu yang kamu baca, maka doamu meliputi seluruh hamba Allah, baik yang di langit mahupun yang antara langit dan bumi. Selanjutnya bacalah: “Asyhadu anla ilaaha illAllah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh.” (Saya mengakui, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan hanya Allah. Dan saya mengakui bahawa Nabi Muhamad (S.A.W.) itu hamba Allah dan rasul-Nya). Setelah membaca doa itu. seseorang boleh memilih doa yang disukainya. dan berdoalah dengan doa yang disukainya itu.

Di petik dari Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0456

Hadis ini menjelaskan betapa apabila kita membaca tahyat pada setiap soalat kita memberi penghormatan untuk Allah seluruh doa dan segala kebaikan, Salam untuk Nabi Muhamad (S.A.W.), disertai rahmat dan berkat Allah, Salam untuk kami, dan untuk para hamba Allah yang soleh-soleh baik yang di langit mahupun yang antara langit dan bumi. Hadis ini juga menerangkan kewujudan makhluk yang hidup antara langit dan bumi.

Firman Allah Surah Al-Hijr (015) Ayat 016.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: Bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta Kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.

Ayat ini menjelaskan kekuasaan Allah menghiasi langit dengan bintang-bintang bagi orang yang melihatnya. “Allah berfirman Kami hiasi langit itu” hiasi disini mempunyai pelbagai maksud iaitu hiasi dengan kecantikan, matahar, bulan, bintang yang berkelip-kelip berbagai warna, kedudukan bintang yang tersusun dan beredar dengan harmoni membentuk buruj-buruj yang dapat di lihat dengan mata kasar menjadi pedoman kepada manusia di bumi untuk bergerak di malam hari.

Selain itu jika manusia menggunakan mata hati dan nurani mereka manusia seharusnya berasa takjub dengan kekuasaan Allah, yang melihat peredaran matahari, bulan bintang dan planet-planet planet, gas, debu, nebula, galaksi, cakrawala yang tersusun, yang membuatkan kita berfikir adakah kita satu-satunya makhluk Allah yang dicipta untuk menyembahnya. Sedangkan kita telah tahu begitu besarnya alam semesta yang Allah jadikan?

Firman Allah Surah Saba’ (034) Ayat 1 Hingga 2.

Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya, dan apa yang turun dari langit serta apa yang naik kepadanya; dan Dia lah jua yang Maha Mengasihani, lagi Maha Pengampun.

Firman Allah diatas adalah dalil menunjukkan kekuasaan Allah terhadap sekelian makhlukNya dan sekelian alam. Allah mengetahui setiap pergerakan makhluk-makhluknya, yang masuk atau yang keluar dari bumi, yang turun ataupun yang naik ke langit. Ayat ini diturunkan lebih 1500 tahun dahulu sebelum manusia mempunyai roket untuk naik ke angkasa. Oleh itu dapat di fahamkan disini bahawa makhluk yang turun naik angkasa sudah tentulah pada masa itu bukan manusia.

Ramai yang mengaitkan ayat Al Quran diatas dengan malaikat, iblis, jin dan syaitan sahaja yang keluar masuk, turun dan naik dari bumi ke langit. Malaikat sememangnya turun naik dan keluar masuk ke bumi kerana mengerjakan suruhan dan perintah Allah,

Firman Allah Surah Maryam (19) Ayat 64.

“Dan (berkatalah malaikat): “Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa”,

dan dengan izin Allah,

Firman Allah Surah Al-Qadr (97) Ayat 4.

“Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara.”, Bukan itu saja Allah juga menguasai jalan-jalan yang dilalui oleh malaikat untuk turun dan naik ke bumi,

Firman Allah Surah Al-Ma’arij (70) Ayat 3 Hingga 4.

”Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).” Malaikat turun naik melintasi langit dan bumi sememangnya benar.

Tetapi tidak bagi iblis, jin dan syaitan. Apabila Rasulullah mula menerima wahyu, pintu-pintu langit pula telah ditutup bagi iblis, jin dan syaitan.

Firman Allah Surah Jin (072) Ayat 8.

“Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.”

Leonid Metore shower

Didalam ayat ini Allah tidak berfirman mengenai malaikat sahaja, Allah berfirman tentang apa jua makhluk yang turun naik dan keluar masuk ke bumi. Firman Allah “Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. “Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya, dan apa yang turun dari langit serta apa yang naik kepadanya” bermaksud segala-galanya yang keluar masuk turun dan naik, termasuklah manusia, malaikat, iblis, jin dan syaitan dan apa jua makhluk lain yang turun naik dari bumi ke langit sememangnya Allah mengetahuinya.

Firman Allah Surah Luqman (031) Ayat 10.

Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang; dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

Surah ini adalah antara surah yang menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa Allah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang ada didalamnya termasuklah makhluk yang kita panggil sebagai makhluk asing.

Menurut Tafsir Ibn Kathir surah Luqman Chapter 031 verse 10.

Demikianlah Allah menerangkan kekuasaanNya dalam mencipta langit dan bumi, dan segala-galanya yang ada di dalam dan di antaranya (langit dan bumi). Dia berkata: (Allah menjadikan langit tiada bertiang) Al-Hasan dan Qatadah berkata, “Ia tidak mempunyai apa-apa tiang, yang kelihatan atau tidak kelihatan”(dan telah ditetapkan di bumi gunung-ganang yang kukuh berdiri), bermaksud, gunung yang stabil, dan memberikan berat kepada bumi, kalau-kalau ia bergegar dengan airnya (gempa). Firman Allah: “kalau-kalau ia tidak menghayun-hayunkan kamu”, dan Dia telah menyebarkan di dalamnya bertaburan makhluk dari semua jenis yang bergerak” bermaksud, Dia telah menempatkan semua jenis binatang, yang mana jumlah, bilangan, jenis dan warna tidak dikenali oleh sesiapa pun kecuali yang menciptakan mereka. Apabila Allah memberitahu bahawa Dia adalah Pencipta, Allah juga mengingatkan kita bahawa Dia adalah Penyedia, sebagaimana Dia berkata: “dan Kami turunkan air dari langit, dan Kami beri (tumbuh-tumbuhan) tiap-tiap jenis yang baik untuk berkembang di dalamnya secara berpasangan”, bermaksud tiap-tiap pasangan dari jenis yang terbaik, dan, mereka yang indah (cantik) dipandang. Ash-Sha`bi berkata:” Manusia juga dilahirkan di bumi, jadi sesiapa yang memasuki syurga adalah baik dan sesiapa yang memasuki neraka adalah keji

Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Yazid bin Harun memberitahukan kepada kami, Al Awwam bin Hausyab memberitahukan kepada kami dari Sulaiman bin Abu Sulaiman dari Anas bin Malik dari Nabi Muhamad (S.A.W). bersabda: “Ketika Allah menciptakan langit dan bumi, maka ia bergerak lalu Dia menciptakan gunung. kemudian Dia berfirman: “Tetaplah kamu di atasnya”. Lalu bumi tetap (tidak bergerak) kemudian malaikat-malaikat kagum terhadap hebatnya gunung lalu mereka berkata: “Apakah dalam ciptaanMu ada yang lebih hebat daripada gunung? Allah berfirman: “Ya, ia adalah besi”. Lalu mereka berkata: “Wahai Tuhan, apakah dalam ciptaanMu ada yang lebih hebat dari besi?” Allah berfirman: “Ya, api”. Mereka berkata: “Apakah dalam ciptaanMu ada yang lebih hebat dari api?” Allah berfirman: “Ya, air”. Mereka berkata: “Apakah dalam ciptaanMu ada yang lebih hebat dari air?” Allah berfirman: “Ya angin”. Mereka bertanya: “Apakah dalam ciptaanMu ada yang lebih baik dari pada angin?” Dia berfirman: “Ya, ia adalah anak Adam yang bersedekah dengan tangan kanannya yang ia rahsiakan dengan tangan kirinya”. Hadis ini adalah hadis gharib yang kami tidak mengetahui sebagai hadis marfu’ selain dari sanad ini.

Dipetik dari Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3428.

Firman Allah Surah Ash-Shu’araa (026) Ayat 24.

Nabi Musa menjawab. Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya.

Menurut Tafsir Ibnu Kathir surah Shu’araa Chapter 026 verse 24.

((Musa) berkata: “Tuhan langit dan bumi, dan segala yang ada di antara keduanya…)” bermaksud, Pencipta, Penguasa dan Pengawal semua itu, Allah yang tidak mempunyai rakan kongsi atau bersekutu Dia yang telah menciptakan segala sesuatu, Dia mengetahui alam yang lebih tinggi dan cakerawala yang ada di dalamnya, kedua-dua mereka yang bergerak dan yang tidak bergerak dan bersinar terang. Dia tahu apayang didalam alam yang lebih rendah dan apa yang ada padanya; lautan, benua, gunung, pokok-pokok, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Dia mengetahui apa yang ada di antara kedua-dua alam, angin, burung, dan apa sahaja yang berada di udara Kesemua mereka adalah hamba kepadaNya, merendahkan diri, tunduk dan khusyuk kepadaNya.

Bagaimana pun, ramai cerdik pandai Islam berpendapat bahawa berpendapat bahawa firman Allah dalam Surah Ash-Shuurah (042) Ayat 29 adalah diantara firman Allah yang menyatakan terdapat hidupan lain selain yang dinyatakan diatas.

Firman Allah Surah Ash -huurah (042) Ayat 29 bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

Sahih International:

And of his signs is the creation of the heavens and earth and what He has dispersed throughout them of creatures. And He, for gathering them when He wills, is competent.

Tafsir Ibn Kathir :

And among His Ayat is the creation of the heavens and the earth, and whatever moving creatures He has dispersed in them both. And He is Able to assemble them whenever He wills.) (30. And whatever of misfortune befalls you, it is because of what your hands have earned. And He pardons much.) (31. And you cannot escape from Allah in the earth, and besides Allah you have neither any protector nor any helper.)

Muhammad Asad:

And among His signs is the [very] creation of the heavens and the earth, and of all the living creatures which He has caused to multiply throughout them: and [since He has created them,] He has [also] the power to gather them [unto Himself] whenever He wills.

Abdullah Yusuf Ali:

And among His Signs is the creation of the heavens and the earth, and the living creatures that He has scattered through them: and He has power to gather them together when He wills.

Mohamed Marmaduke Pickthall:

And of His portents is the creation of the heaven and the earth, and of whatever beasts He hath dispersed therein. And He is Able to gather them when He will.

M. H. Shakir:

And one of His signs is the creation of the heavens and the earth and what He has spread forth in both of them of living beings; and when He pleases He is all-powerful to gather them together.

Taqiuddin Hilali and Muhammad Muhsin Khan:

And among His Ayat (proofs, evidences, lessons, signs, etc.) is the creation of the heavens and the earth, and whatever moving (living) creatures He has dispersed in them both. And He is All-Potent over their assembling (i.e. resurrecting them on the Day of Resurrection after their death, and dispersion of their bodies) whenever He will.

Abdul-Majid Daryabadi:

And of His signs is the creation of the heavens and the earth and of the moving creatures which He hath dispersed in the twain. And He is for their assembling whensoever He will Potent.

Hassan Qaribullah and Ahmed Darwish:

Among His signs is the creation of the heavens and the earth and the crawling things which He has dispersed in them. If He will, He is Able to gather all of them.

Muhammad Ayub Khan:

And of His Signs is the creation of the heavens and the earth, and such creatures that He has scattered abroad in them; and He is powerful to gather them when He will.

Sher Ali:

And among His signs is the creation of the Heavens and the earth, and of whatever living creatures He has spread forth in both. And He has the power to gather them together whenever He pleases.

Arthur John Arberry:

And of His signs is the creation of the heavens and earth and the crawling things He has scattered abroad in them; and He is able to gather them whenever He will.

Tujuan di petik beberapa tafsiran diatas adalah untuk melihat adakah terdapat perbezaan pada konteks:-

1. السَّمَـوَتِ berasal dari perkataan س م و ( sīn mīm wāw) dari kata nama l-samāi dalam bahasa arab yang membawa maksud syurga ataupun langit. Perkataan the heavens and earth, membawa erti didalam bahasa melayu sebagai syurga dan bumi. Namun didalam ayat ini perkataan heavens atau syurga disini membawa maksud langit, ruang angkasa atau alam semesta kerana ianya lebih menepati maksud firman Allah diatas.

Selain itu jika dasar kata syurga digunakan, ianya menjadi kurang tepat kerana kerana pada pada masa ini tiada makhluk yang tinggal didalam syurga., bahkan malaikat pun tidak tinggal didalam syurga. Sebagimana yang kita tahu syurga diciptakan oleh Allah, untuk semua makhlukNya yang beriman kepadaNya sebagaimana yang dijelaskan dalam firman dibawah.

Firman Allah Surah Al-Baqarah (002) Ayat 25.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.

Firman Allah Surah An-Nisaa (004) Ayat 13.

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya.

Firman Allah Surah Al-Hijr (015) Ayat 45.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.

Firman Allah Surah Ayat Al-Hajj (022) Ayat 14.

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; Sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya.

Firman Allah Surah Al-’Ankabut (029) Ayat 58.

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya.

Firman Allah Surah Ar-Rum (030) Ayat 15.

Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.

Firman Allah Surah Luqman (031) Ayat 8.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat.

Firman Allah Surah As-Sajdah (032) Ayat 19.

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

Firman Allah Surah Az-Zariyat (051) Ayat 15.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.

Firman Allah Surah Al-Qamar (54) Ayat 54.

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai.

Firman Allah Surah Al-Buruj (085) Ayat 11.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

Kata nama syurga (Heaven atau paradise) biasanya disebut secara sendiri atau bersama-sama dengan perkatan neraka (Hell) didalam Al Quran apabila Allah ingin berfirman berkenaan perkara-perkara berkaitan syurga atau neraka. Apabila perkataan syurga disebut berkait dengan bumi, syurga ini biasanya dimaksudkan sebagai langit, ruang angkasa, atau alam semesta.

Muhammad Asad menyatakan didalam “The Message of the Quran”. (Heaven and earth) atau langit dan bumi “didalam Al Quran selalunya membawa maksud keseluruhan alam semesta.” Al-Quran menyebut bahawa makhluk yang tidak bernyawa juga menyembah Allah.

Firman Allah Surah Al-Nahl (016) Ayat 48.

“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?

Kesimpulannya disini tafsiran langit, ruang angkasa atau alam semesta lebih tepat untuk digunakan didalam firman Allah Surah Ash-Shuurah (042) Ayat 29 “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya..”

Ini juga membawa makna ada terdapat (wujud) makhluk-makhluk lain yang Allah telah jadikan menjadikan langit sebagai tempat-tempat tinggalnya. Menurut hukum akal manusia, makhluk-makhluk ini tinggal di dalam planet-planet yang terletak di langit, ruang angkasa ataupun alam semesta ini.

Namun jika kita kaitkan perihal makhluk-makhluk yang tinggal di langit ini ( tidak menghuni planet) kita juga didedahkan secara logiknya melalui filem dan drama dari barat seperti Star Trex, babylon 5, Anderomeda, Stargate Universe dan banyak lagi, perihal makhluk yang tinggal didalam kapal angkasa (spaceship) yang menjelajah dari satu planet ke planet yang lain seolah-olah bukanlah suatu yang luar biasa. (Begitu besar pengaruh fiksyen dalam kehidupan manusia). Adakah perkara ini juga mustahil? Jadi begitu menakjubnya firman Allah dalam Surah Ash Shuurah (042) Ayat 29, yang boleh memberi jawapan kepada apa jua persolan berkaitan dengan ini dengan menggunakan misalan-misalan sahaja.

Firman Allah Surah Qaf (050) Ayat 038.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.

2. Perkataan دَابَّةٍ berasal dari perkataan Perkataan دابه (dal alif ba ha) dalam bahasa arab yang membawa maksud dalam bahasa Inggeris sebagai animal atau creatures, binatang atau makhluk dalam bahasa Melayu.

Menurut Tafsir Ibn katsir, surah Shuurah chapter 042 verse 29.

Didalam Tafsir Ibn Kathir perkataan  مِنْ دَابَّةٍ bermaksud (and whatever moving creatures) this includes the angels, men, Jinn and all the animals with their different shapes, colors, languages, natures, kinds and types. He has distributed them throughout the various regions of the heavens and earth. Ibnu kathir mentafsiran ayat ini sebagai apa jua binatang atau makhluk yang bergerak termasuk malaikat, manusia, jin dan binatang, termasuk makhluk-makhluk yang berlainan bentuk, warna atau bahasa, budaya, dan jenis (terdapat makhluk lain yang tidak dijelaskan oleh ayat ini). Makhluk lain diantara langit dan bumi boleh dimaksudkan sebagai makhluk yang kita tidak lihat (jumpa) atau tidak pernah kita berhubung (kenal) dan kini amat popular dipanggil sebagai makhluk asing.

Mungkinkah makhluk yang diperkatakan di langit di dalam Surah Ash Shuurah (042) Ayat 29, adalah makhluk tuhan yang tidak bernyawa. Jawapannya Tidak.

Firman Allah Surah Al-Nahl (016) Ayat 48 Bermaksud.

“Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).

Perkataan yang membawa maksud ” makhluk-makhluk yang bergerak yang ada di langit” di dalam ayat ini adalah sama maknanya seperti yang di sebut didalam Surah Ash-Shuurah (042) Ayat 29 iaitu دَابَّةٍ ” (Dabbatun)”.

Menurut Muhammad Asad, “dabbah” perkataan bahasa Arab yang bermaksud apa saja yang dapat memberi respon (bertindakbalas), makhluk jasmani yang mampu bergerak secara spontan dan dengan itu ianya berlawanan dengan makhluk bukan fizikal, atau makhluk rohani seperti “Malaikat”. “Dengan lain perkataan, Surah Ash-Shu’ara Ayat 29 merujuk tepat kepada jenis kehidupan yang sedang dicari oleh ahli sains dan bukannya beberapa metafizik entiti.

Mengulas pada Surah Ash-Shuurah (042) Ayat 29 Allama Shabbir Ahmad Usmani berkata, “Daripada ayat yang ternyata yang seperti di atas muka bumi, terdapat beberapa jenis haiwan-makhluk hidup di langit juga.” Pada ayat yang sama,

Merujuk tafsiran Abdullah Yusuf Ali.

Abdullah Yusuf Ali memberi maksud دَآبَّةٍ dalam ayat ini sebagai binatang, hidup, semua jenis makhluk yang merangkak.” Ini adalah perkataan yang sama yang digunakan dalam Surah Al-Baqarah (002) Ayat 164, sama seperti dalam Surah An-Nur (024) Ayat 45 dan petikan lain, perkataan ini digunakan untuk semua jenis makhluk kehidupan, secara am bahan asasnya adalah bahan misteri yang dipanggil protoplasma oleh sains biologi. Semakin bertambah ilmu biologi kita, semakin kita kagum dengan perpaduan (keharmonian) Kehidupan di satu pihak, dan kepelbagaian di pihak yang lain.

Menurut Abdullah Yusuf Ali “kehidupan tidak terhad kepada satu planet sahaja iaitu planet bumi sahaja. Adalah satu spekulasi apabila membayangkan bahawa terdapat beberapa kehidupan lain seperti manusia di planet Marikh. Walaupun tiada bukti saintifik, adalah munasabah untuk kita mengandaikan bahawa terdapat pelbagai kehidupan lain dalam bentuk-bentuk tertentu dan berbeza tersebar didalam berjuta-juta cakerawala yang bertaburan diangkasa lepas. Begitulah kebesaran Allah! Yang Maha Kuasa yang telah menjadikan apa-apa makhluk yang tidak terkira banyaknya sudah tentu Allah berkuasa untuk mengumpulkan mereka.”

Firman Allah Al-Baqarah (002) Ayat 164.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya (menyerakkan di muka bumi) dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran (bijak)

Sepertimana diterangkan pada awal tadi, langit dan bumi yang disebutkan disini tidaklah khusus pada bumi kita dan langit yang ada diatas kita. Tetapi juga bintang dan planet-planet lain di sekalian alam semesta. Dan di planet-planet seperti bumi ini Allah hidupkan, biak dan menyelerakkan hidupan-hidupan pelbagai bentuk dan jenis semuanya tunduk pada kekuasaan Allah.

NASA Apollo MissionsImage credit to Earthlyissues.com

Firman Allah Surah An-Nuur (024) Ayat 45.

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar (merayap) atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendakiNya (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kehidupan secara umumnya adalah bahan misteri didalam ilmu sains di panggil protoplasma. Jika bukan pun makhluk yang wujudnya tidak berfizikal seperti manusia dan lebih kepada metafizik entiti kehidupan tersebut masih juga makhluk Allah (makhluk yang dijadikan oleh Allah) Semakin banyak pengetahuan kita dalam ilmu sains dan biologi semakin banyak yang kita ketahui dan semakin mudah bagi kita untuk memberi definasi tentang kehidupan, dan semestinya kita berasa kagum dan takjub, dan bertambah beriman kepada Allah.

Ulama-ulama Islam menyedari hakikat bahawa Surah Ash-Shuurah (042) ayat 29 dengan jelas menyebut kewujudan makhluk lain di bintang dan planet-planet lain. Makhluk itu kita panggil sebagai makhluk asing.

Sayyid Abdul Ala Maududi – Tafhim al-Qur’an.

Sayyid Abul Ala Maududi dalam tafsiran ayat diatas menyebut Among His Signs is the creation of the heavens and the earth and the living things, which He has scattered “In both: In both the earth and the heavens. This is a clear pointer to the fact that life does not only exist on the earth but on other planets as well.

Berdasarkan kepada tafsiran Sayyid Abu Ala Maududi “the living things” disini bukan sahaja bermaksud kehidupan yang ada di bumi sahaja tetapi juga kehidupan yang terdapat di lain-lain planet.

Bagi sesetengah muslimin, mungkin menterjemahkan bahawa “the living creatures”. “Moving creatures” atau “the crawling things” sebagai Manusia dan Jin, namun sudah tentulah mereka faham, bahawa jin tidak tinggal di langit, ruang angkasa atau alam semesta sebab jin tinggal di bumi, dan ini telah diterangkan didalam firman Allah.

Firman Allah Surah Al-Baqarah (002) Ayat 36.

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

Firman Allah Surah Saad (038) Ayat 77.

Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir.

Menurut Tafsir Ibnu kathir, surah Saad chapter 038 verse 77.

Apabila Allah menjadikan Nabi Adam A.S. dari tanah, Allah telah memerintahkan malaikat untuk bersujud kepadanya dan malaikat patuh kepada perintah tuhan. Dan kemudian Allah telah memerintahkan iblis agar turut bersujud kepada Nabi Adam A.S. iblis adalah salah satu dari jin dan sifat-sifat iblis telah mengkhianati dirinya sendiri, pada waktu yang sepatutnya. iblis enggan sujud kepada Nabi Adam A.S, dan dia mempertikaikan dengan Tuhannya mengenai Nabi Adam A.S. dengan mendakwa bahawa dia adalah lebih baik daripada Nabi Adam A.S. kerana dicipta dari api manakala Adam A.S. diciptakan daripada tanah liat, dan api adalah lebih baik daripada tanah.

Menurut Tafsir Ibnu Kathir surah Al-Baqarah chapter 002 verse 36.

Dari Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas berkata “Allah telah menghantar Nabi Adam A.S. ke bumi di satu kawasan bernama Dahna, antara Mekah dan Ta’if. Al Hasan Al Basri berkata Nabi Adam A.S. telah di turunkan di India, manakala Siti Hawa telah diturunkan ke Jeddah. Iblis pula telah diturunkan ke Dustumaysan, beberapa batu dari Basra. Lagi Ular telah di turunkan di Asbahan. Ini juga menurut Ibnu Abi Hatim.

Malaikat pula tidak tinggal di syurga, dilangit, ruang angkasa ataupun alam semesta. Malaikat hanya melintasi langit atau alam semesta bagi mengerjakan suruhan dan perintah Allah.

Firman Allah Surah Al-Israa’ (017) Ayat 95.

Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau ada di bumi, malaikat yang berjalan serta tinggal mendiaminya, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi Rasul.

Firman Allah Surah Faatir (035) Ayat 1.

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Oleh itu Firman Allah Surah Ash-Shuurah (042) Ayat 29 ini jelas sekali merujuk kepada makhluk Allah yang lain selain dari makhluk yang dinyatakan di atas.

Firman Allah Surah An-Nisaa (004) Ayat 131.

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Segala yang ada di langit adalah dibawah kekuasannya, sama ada benda atau makhluk tersebut bernyawa atau pun tidak semuanya hendaklah menurut perintahnya. Segala yg ada di langit termasuklah bintang dan planet dan juga isi pada kedua-dua makhluk tak bernyawa ini (bintang dan planet).

Firman Allah Surah Maryam (019) Ayat 65.

Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?

Menurut Tafsir Ibn Kathir Surah Mariam chapter (019) verse 65.

(Lord of the heavens and the earth, and all that is between them,) He created all of that, He is the Disposer of its affairs, He is the Legi- slator over it and He is in absolute control of it, having no one to oppose His decisions.

Menurut Abdullah Yusuf Ali.

The more we taste of the truth and mystery of life, the more do we realise that there is no one to be mentioned in the same breath as Allah. He is above all names. But when we think of His beautiful qualities, and picture them to ourselves by names which give us some ideas of Him, we can search the whole wide world of our imagination, and we shall not find another to be compared with Him in name or quality. He is the One: praise be to Him!

Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya”. Semakin banyak kita tahu misteri kehidupan semakin kita sedar tidak ada satu pun makhluk yang boleh menyamaiNya kerana allah yang mencipta semua makhluk-makhluk ini sama ada di bumi, di langit atau antara keduanya. Jika kita mengakui begitu besarnya kekuasaan Allah ke atas alam semesta ini mengapa kita masih lagi mencari alasan untuk menidakkan kewujudan makhluk-makhluk lain yang Allah ciptakan.

Sebahagian daripada gelombang letupan interstellar yang dikenali sebagai Cygnus Loop dirakamkan pada November 1997 melalui teleskop Angkasa Hubble, menunjukkan ledakan yang amat besar, bergerak pada kira-kira 170 kilometer sesaat dan kini dianggarkan hanya 1440 tahun cahaya jauhnya dari bumi.Credit: William P. Blair and Ravi Sankrit (Johns Hopkins University), NASA

Firman Allah Surah Al-Hujurat (49) Ayat 13.“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya”.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Allah mencipta pelbagai bangsa, bersuku dan berpuak untuk manusia berkenal-kenalan sesama bangsa manusia, jika begitu tidak ada sebab untuk manusia yang dijadikan penguasa dan khalifah dimuka bumi ini untuk berlaku sombong dan bongkak untuk tidak mahu mengenali makhluk-makhluk lain yang juga merupakan makhluk Allah, yang diciptakan oleh Allah untuk beriman kepadanya.

Firman Allah Surah Az-Zukhruf (043) Ayat 85.

Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan Dialah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.

Menurut Tafsir Ibn Kathir Surah Az-Zukhruf chapter 043 verse 85.

(Maha Suci Tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi, dan semua yang ada di antara keduanya,) bermaksud, Dia adalah Pencipta mereka dan Maha berkuasa, Satu yang mengawal mereka (makhlukNya termasuklah manusia malaikat jin syaitan dan tumbuh-tumbuhan, juga makhluk-makhluk lain yang bernyawa atau tidak bernyawa) dengan tiada sesiapapun yang melawan atau menentang peraturan-Nya. Diberkati dan dimuliakan jauh di atas tanggapan-Nya mempunyai anak. Dia adalah selama-lamanya bebas daripada semua kesalahan dan kelemahan, kerana Dia adalah Tuhan, Yang Maha, Yang Maha Kuasa, Yang Menguasai segala sesuatu yang mengawal segala-galanya. (dan Dialah jua yang mempunyai pengetahuan tentang hari kiamat,) bermaksud, tiada siapa tahu bila ianya akan berlaku melainkan Dia (dan kepada-Nya kamu (semua) akan dikembalikan.) bererti, dan setiap orang akan dibalas amalannya; jika mereka baik, maka dia akan diberi ganjaran, dan jika mereka ingkar, maka mereka akan dihukum.

Firman Allah Surah An-Naba (078) Ayat 012.

Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

Di dalam langit yang pertama ini, Allah telah hiaskan kepada kita bumi dan matahari. Sesuai dengan Firman Allah Surah Al-Mulk (067) Ayat 5, ” Sesungguhnya kami telah menghiasi langit yang dekat dengan kamu (langit dunia) dengan lampu-lampu yang banyak”. Maksud lampu itu kata sesetengah musaffirun adalah matahari. Dan bumi kita ini juga termasuk sebagai salah satu daripada perhiasan di angkasaraya ciptaan Allah  ini.

Menurut ulama terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Harun Din Al Hafiz, dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang bersabda: “Ya Allah, tuhan ampunya tujuh petala langit itu, dan apa sahaja yang berada di bawah naungan langit itu dan Dialah tuhan segala bumi dan alangkah sedikitnya bilangan bumi itu (berbanding dengan jumlah di planet-planet di angkasa”. Di dalam hadis ini disebut dengan jelas perkataan “Rabbal Ardiin” yang bermaksud Tuhan Segala Bumi. Bermaksud adalah bumi ini tidak keseorangan. Ia tidak sebuah sahaja. Ada bumi-bumi lain lagi berdasarkan petunjuk di dalam hadis tersebut.

Menurut beliau lagi, di dalam Al-Quran juga terdapat banyak perkataan “Alaamin”, Yang membawa maksud alam yang terlalu banyak. Contohnya seperti ayat pertama di dalam surah Al-Fatihah yang kita baca setiap hari di dalam sembahyang fardhu kita.”Alhamdulillahirabillaalamin” yang bermaksud “Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam”. Allah itu tuhan kepada alam-alam yang terdapat di dalam alam semesta yang luas ini.

Dato’ Dr. Harun Din menyimpulkan bahawa; bumi ini adalah salah satu daripada alam yang terlalu banyak itu. Dan berdasarkan Al-Quranul Karim dan Hadis Rasulullah SAW, ia memberi isyarat kepada kita kemungkinan banyaknya bumi tidaklah pelik atau harus dinafikan.

Firman Allah Surah At-Tallaq (65) Ayat 12.

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3352.

Abd bin Humaid dan lain-lainnya menceritakan kepada kami, dengan erti yang sama mereka berkata: Yunus bin Muhammad memberitahukan kepada kami, Syaiban memberitahukan kepada kami dari Abdur Rahman dari Qatadah berkata: “Al-Hasan menceritakan dari Abu Hurairah berkata ketika Rasulullah S.A.W. duduk beserta para sahabat baginda tiba-tiba awan datang kepada mereka lalu Rasulullah S.A.W. bersabda:“Apakah kamu tahu ini apa?” Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih tahu”. Baginda bersabda: “Ini adalah awan dan awan ini adalah pembawa air bagi bumi di mana Allah menggiringnya kepada kaum yang tidak mensyukuriNya dan tidak menyembahNya”. Kemudian baginda bersabda: “Apakah kamu tahu apa yang di atasmu?” Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih tahui”. Baginda bersabda: “Sesungguhnya di atasmu adalah langit dan langit adalah atap yang terjaga dan gelombang laut yang tidak boleh terlepas”.

Baginda bersabda: “Apakah kamu tahu berapa jarak antara kamu dan langit?” Mereka menjawab: “Allah dan RasulNya lebih tahu”. Baginda bersabda: “Jarak antara kamu dan langit adalah perjalanan lima ratus tahun”. Kemudian baginda bersabda: “Apakah kamu tahu apa yang di atas langit itu?” Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih tahu.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya di atas langit ada dua langit, jarak antara keduanya perjalanan lima ratus tahun”, sehingga baginda menghitung tujuh langit jarak antara setiap langit satu dengan langit yang lain adalah perjalanan antara langit dan bumi. Kemudian baginda bersabda: “Apakah kamu tahu apa yang di atas langit tujuh.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya diatasnya adalah Arsy (singgasana) dan jarak antara ‘Arsy dan langit adalah sejauh antara langit dan bumi”.

Kemudian baginda bersabda: “Apakah kamu tahu apa yang ada di bawahmu? “Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih tahu“, Baginda bersabda: “Sesungguhnya di bawahmu adalah bumi”, kemudian baginda bersabda: “Apakah kamu tahu apa yang ada setelah bumi itu?” Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih tahu”, Baginda bersabda: “Sesungguhnya di bawah bumi itu adalah bumi lain jarak antara keduanya adalah perjalanan lima ratus tahun”, sehingga baginda menghitung tujuh bumi jarak antara bumi yang satu dengan bumi yang lain perjalanan lima ratus tahun”. Kemudian Baginda bersabda: “Demi Zat yang diri Muhammad dalam kekuasaanNya seandainya kamu melepaskan tali ke bumi yang paling bawah, tentu ia turun dalam pengetahuanNya dan kekuasaanNya”, kemudian baginda membaca ayat: (Dialah yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang Batin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu) Firman Allah Surah Al Hadid (57) Ayat 3).

Hadis ini adalah hadis gharib dad sanad ini, dan juga diriwayatkan dari Ayub dan Yunus bin Ubaid dan Ali bin Zaid mereka berkata: AlHasan tidak mendengar dari Abu Hurairah. Sehingga ahli ilmu menafsiri hadis ini dan mereka berkata: “Sesungguhnya ia turun dalam pengetahuan dan kekuasaanNya dan pengetahuan Allah dan kekuasaanNya berada disetiap tempat dan Dia berada di atas Arsy sebagaimana Dia telah menyebutkan dalam kitabNya.

Dari Al-’Abbas bin ’Abdil-Muthallib radliyallaahu ’anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi Wasallam : ”Tahukah kamu sekalian berapa jarak antara langit dan bumi ?”. Kami menjawab : ”Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Baginda bersabda : ”Antara langit dan bumi jaraknya 500 tahun perjalanan, dan antara satu langit ke langit lainnya jaraknya 500 tahun perjalanan, sedangkan ketebalan masing-masing langit adalah 500 tahun perjalanan. Antara langit yang ketujuh dengan ’Arsy ada samudera, dan antara dasar samudera itu dengan permukaannya seperti jarak antara langit dan bumi. Allah ta’ala di atas semua itu dan tidak tersembunyi bagi-Nya sesuatu apapun dari perbuatan anak keturunan Adam”. Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lainnya. [Kitaabut-Tauhiid Alladzii Huwa Haqqullaahi ’alal-’Abiid, hal. 149, tahqiq : ’Abdul-’Aziiz bin ’Abdirrahmaan As-Sa’iid.

Menurut Ibnu Kathir Surah At-Tallaq Chapter 65 verse 12.

Allah berfirman seraya menceritakan tentang kekuasaanNya yang sempurna dan kemampuanNya yang luarbiasa agar yang demikian itu menjadi motivasiuntuk menjunjung tinggi agama yang telah disyariatkan . “Allah yang menciptakan tujuh petala langit” yang demikian itu sama seperti firman Allah yang menceritakan tentang Nabi Nuh A.S. dimana dahulu baginda pernah berkata kepada kaumnya “Tidakkah kau melihat bagaimana Allah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat”

Firman Allah Surah Al-Israa (017) Ayat 44.

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya (didalamnya), sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Firman Allah seterusnya “dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu“ iaitu bumi juga diciptakan berlapis tujuh sebagaimana yang disabdakah oleh Rasullah dalam kitab As Shahihain bermaksud “barangsiapa merampas tanah sejengkal, maka ditimpakan kepadanya tujuh lapisan bumi oleh Allah”. Dalam Sahih Bukhari, Rasulullah bersabda “Maka akan ditengelamkan kepadanya tujuh lapisan bumi”. Hadis riwayat Al Bukhari.

Tafsiran yang mengatakan tujuh lapisan bumi ini adalah tujuh buah benua atau adalah tujuh buah daerah telah tidak diterima pendapat ini oleh para cendikiawan islam. Menurut Ibnu Kathir “Those who explained this Hadith to mean the seven continents have brought an implausible explanation that contradicts the letter of the Qur’an and the Hadith without having proof.”atau dalam bahasa melayunya, sesiapa yang menerangkan ini bermaksud tujuh benua, ini adalah penjelasan yang tidak masuk akal yang bercanggah dengan Al Quran dan hadis tanpa mempunyai bukti.

Alpha Centauri

Kedudukan Alpha Centuari berbanding Matahari; Adakah ada makhluk yang tinggal disana? Anda sendiri yang menilai; Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Sangat Bijaksana.

Firman Allah Surah Al-Israa (017) Ayat 70.

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Menurut Ibn Kathir Surah Al-Israa chapter (017) verse 70.

Allah memberitahu kita bagaimana Allah telah memuliakan anak-anak Adam dan menjadikan mereka mulia dengan mewujudkan mereka yang terbaik dan paling sempurna bentuk, sebagaimana Dia berkata: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” Firman Allah Surah At-Tin (095) Ayat 4. Manusia berjalan tegak betul, atas dua kakinya dan makan dengan tangannya, manakala makhluk hidup yang lain berjalan di atas empat kaki dan makan dengan mulut mereka, dan Dia (manusia) telah diberikan kepadanya pendengaran, penglihatan dan hati yang memahami semua itu, untuk mendapat manfaat dan membezakan antara perkara yang baik untuk dia dan yang membahayakan, dari segi duniawi dan agama.

Firman Allah “dan Kami telah membawa mereka ke atas tanah” bermaksud, haiwan seperti lembu, kuda dan baghal, dan juga di laut dalam kapal-kapal dan bot, besar dan kecil. Firman Allah “dan telah menyediakan mereka dengan At-Tayyibat”, yang bermaksud hasil pertanian, buah-buahan, daging dan susu dengan semua jenis perisa lazat dan wajar dan warna dan rupa yang indah, dan pakaian yang baik dalam pelbagai jenis bentuk warna dan saiz yang mereka buat untuk diri mereka sendiri atau dibawa kepada mereka oleh orang lain daripada kawasan-kawasan lain. Firman Allah “dan telah lebihkan mereka atas kebanyakan dari orang-orang-orang yang Kami telah ciptakan dengan kelebihan yang ditanda.)” bererti, mengatasi segala hidupan yang telah Allah ciptakan. Ayat ini menunjukkan bahawa manusia adalah lebih utama dari makhluk-makhluk hidup yang lain, juga lebih utama dari semua jenis makhluk. Ayat ini dapat dijadikan dalil menunjukkan keutamaan jenis manusia diatas jenis hidupan lain termasuklah malaikat.

Menurut Tafsir Ibnu Kathir surah Al-Israa (017) chapter 15 verse 70 pg 289-291.

Abdur Razzaq mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ma’mar, dari Zaid ibnu Aslam yang mengatakan bahwa para malaikat berkata, “Wahai Tuhan kami, Engkau telah memberikan kepada ‘Nabi Adam A.S. dunia. Mereka dapat makan dari sebahagian hasilnya dan bersenang-senang dengannya, sedangkan Engkau tidak memberikannya kepada kami. Maka berikanlah kepada kami Akhirat.” Allah  menjawab melalui firman-Nya, “Demi kebesaran dan keagungan-Ku, Aku tidak akan menjadikan kebaikan keturunan orang yang Aku ciptakan dengan kedua tangan (kekuasaan)-Ku sendiri seperti kebaikan makhluk yang Aku ciptakan dengan Kun (jadilah kamu!), maka jadilah dia.”

Ditinjau dari jalur ini, hadis ini berpredikat mursal, tetapi hadis ini telah diriwayatkan pula dari jalur yang lain secara muttasil Al-Hafiz Abul Qasim At-Tabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ahmad ibnu Muhammad ibnu Sadaqah AI-Bagdadi, telah menceritakan kepada kami Ibrahim ibnu Abdullah ibnu Kharijah Al-Masisi, telah menceritakan kepada kami Hajjaj ibnu Muhammad, telah menceritakan kepada kami Muhammad Abu Gassan Muhammad ibnu Mutarrif, dari Safwan ibnu Sulaim, dari Ata ibnu Yasar, dari Abdullah ibnu Amr dari Nabi Muhamad (S.A.W.) yang telah bersabda: Sesungguhnya malaikat berkata, “Wahai Tuhan kami, Engkau telah memberikan dunia kepada anak Adam; mereka dapat makan, minum dan berpakaian di dalamnya. Sedangkan kami hanya bertasbih dengan memuji-Mu, tanpa makan, minum, dan bersenang-senang. Maka sebagaimana Engkau berikan dunia kepada mereka, maka berikanlah akhirat bagi kami.”

Allah berfirman, “Aku tidak akan menjadikan kebaikan keturunan orang yang Aku ciptakan dengan kedua tangan (kekuasaan) – Ku seperti kebaikan makhluk yang Aku ciptakan dengan Kun (jadilah kamu!), lain terjadilah ia.”

Menurut Tafsir Ibnu Kathir surah Al-Israa (017) chapter 15 verse 70 pg 291-295.

lbnu Asakir telah meriwayatkan melalui jalur Muhammad ibnu Ayyub Ar-Razi, bahwa telah menceritakan kepada kami Al-Hasan ibnu Ali ibnu Khalaf As-Saidalani, telah mericeritakan kepada karni Sulaiman ibnu Abdur Rahman, telah menceritakan kepadaku usman ibnu Hisn ibnu Ubaidah ibnu Allaq; ia pernah mendengar Urwah ibnu Ruwayyim Al-Lakhami mengaiakan bahwa la pernah mendapat hadis ini dari Anas ibnu Malik, dari Rasulullah S.A.W. yang telah bersabda: Sesungguhnya malaikat berkata, “Wahai-Tuhan kami, Engkau telah menciptakan kami dan juga Bani Adam, tetapi Engkau jadikan mereka dapat makan, minum, berpakaian, dan mengawini wanita serta menaiki kendaraan. Mereka dapat tidur dan beristirahat, sedangkan Engkau tidak menjadikan sesuatu pun dari itu bagi kami. Maka berikanlah dunia kepada mereka dan berikanlah akhirat hanya untuk kami.” Maka Allah Swt. berfirman, “Aku tidak akan menjadikan orang yang telah Aku ciptakan dengan tangan (kekuasaan)-Ku dan Aku tiupkan ke dalamnya sebagian dari roh (ciptaan)–Ku, seperti makhluk yang Aku ciptakan dengan mengatakan kepadanya, ,jadilah kamu Maka terjadilah dia.”

Imam Tabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdan ibnu – Ahmad, telah menceritakan kepada kami Umar ibnu Sahl, telah menceri-takan kepada kami Abdullah ibnu Tamam, dari Khalid Al-Haiia, dari Bisyr ibnu Syaggaf, dari ayahnya, dari Abdullah ibnu Amr yang mengata-kan, bahwa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: Tiada sesuatu pun yang lebih dimuliakan oleh Allah pada hari kiamat selain dari anak Adam (manusia). Ketika ditanyakan, “Wahai Rasulullah, para malaikat juga tidak dimuliakanNya” Rasulullah S.A.W. menjawab melalui sabdanya: Malaikat pun tidak, mereka adalah makhluk yang dipaksa, kedudukannya sama dengan matahari dan bulan.

Firman Allah Surah Maryam (019) Ayat 93.

Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.

Menurut Tafsir Ibn Kathir.

(There is none in the heavens and the earth but comes unto the Most Gracious as a slave. Verily, He knows each one of them, and has counted them a full counting.) He knows their number from the time He created them, until the Day of Resurrection, male and female, both the small and the large of them.

Firman Allah Surah Al-Anbiyaa (021) Ayat 30.

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”

Kata “ratq” yang di sini diterjemahkan sebagai “suatu yang padu” digunakan untuk merujuk pada dua zat berzeda yang membentuk suatu kesatuan. “Kami pisahkan antara keduanya” adalah terjemahan kata Arab “fataqa”, dan bermakna bahwa sesuatu muncul menjadi ada melalui peristiwa pemisahan atau pemecahan struktur dari “ratq”.

Dalam ayat tersebut, langit dan bumi adalah dari kata sifat “fatq”. Pada awalnya kedua-duanya adalah bergabung(berpadu) dan apabila dengan izin Allah kedua-duanya berpisah (terpisah) atau dipisahkan (“fataqa”) antara satu sama lain.

Para saintis astrofizik barat mengatakan bahawa mereka telah berjaya me- replika-kan detik awal peristiwa Big Bang berdasarkan kajian saintis astrofizik menggunakan mesin penghentam partikel Large Hadron Collider. Satu letupan berskala kecil tetapi menghasilkan suhu 10,000,000,000,000 darjah Celsius, satu juta kali lebih panas daripada pusat matahari untuk mengkaji permulaan alam ini. Dan mereka kata mereka berjaya, sesuatu yang belum benar-benar dapat dibuktikan. Wallahu alam.

European Organization for Nuclear Research : Large Hadron Collider

Kembali semula kepada firman Allah diatas “Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu“. Berdasarkan ujian yang telah mereka lakukan sudah pasti mereka tahu. Firman Allah seterusnya “Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” Maksud disini dengan kata lain walaupun mereka telah mengetahui bahawa ujian dan hasil ujian yang mereka lakukan itu telah disebut didalam Al Quran oleh FirmanNya mereka tetap ingkar.

Firman Allah Surah Al-Baqarah (002) Ayat 6 hingga 7.

“Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.”

Firman Allah Surah Al-Mu’minun (023) Ayat 63.

“Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya.”

Firman Allah Surah An-Nur (024) Ayat 48.

“Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).”

Firman Allah Surah An-Naml (027) Ayat 14.

“Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.”

Firman Allah Surah Luqman (031) Ayat 21.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab:” (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya”. Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?”

Firman Allah Surah Fussilat (041) Ayat 5.

Dan mereka berkata: “Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengar)

Firman Allah Surah Az-Zukhruf (043) Ayat 25.

“Lalu kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya”.

Firman Allah Surah Nuh (071) Ayat 25.

“Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).”

Berbalik kepada topik perbincangan bagi muslimin berpecah makhluk yang tunggal ini kepada dua disini adalah dengan izin Allah, yang memerlukan kekuatan yang amat besar, kekuatan yang tidak ada pada mana-mana makhluk ciptaanNya. Dengan perintah Allah (kun) makhluk yang berpadu itu (berpecah (berpisah) dan menghasilkan tenaga yang sangat besar, sehingga menyebabkan bahan-bahan dikandungnya untuk “fataqa” (terpisah), berselerakan, berterbangan, berselerakan segala yang ada didalamnya sehingga membentuk planet-planet, bintang-bintang, gas, debu nebula cakrawala dan alam semesta. Planet bumi hanyalah satu dari serpihan kecil (halus) dari letupan berkenaan. Firman Allah “Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup” Bermaksud didalam serpihan-seripihan yang berselerakan yang membentuk planet-planet ini Allah ciptakan makhluk-makhluknya dari air untuk menghuni planet, bintang-bintang dan cakrawala, termasuklah makhluk-makhlukNya yang terdapat di bumi pada hari ini.

Kira-kira 165 tahun dahulu, bintang selatan, Eta Carinae menjadi bintang kedua paling terang di langit malam. Selepas 20 tahun cetusan Eta Carinae menghamburkan lebih banyak jisin dari matahari kita, Eta Carinae menjadi pudar. Bagaimana bintang Eta Carinae mewujudkan Homunculus Nebula yang luar biasa ini masih menjadi misteri.

Berdasarkan Firman Allah Surah Al-Anbiyaa (021) Ayat 30 diatas dan juga ujikaji replika cipataan para saintis astrofizik yang mengemukakan andaian teori big bang, alam semesta ini mengandungi ribuan jutaan planet dan adakah Allah hanya menjadikan manusia di bumi sebagai makhluk utama (primer) yang menyembahnya selain dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Allah hanya menjadikan manusia sebagai penguasa atau Khalifah di muka bumi sahaja tidak di planet-planet lain. Dan bukan sesuatu yang susah atau mustahil bagi Allah untuk mencipta makhluk-makhluk lain jenis dari manusia untuk menajadi penguasa atau khalifah di berjuta-juta planet yang ada di angkasaraya.

Firman Allah Surah Al-Baqarah (2) Ayat 022.

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Firman Allah Surah Saad (038) Ayat 10.

Atau adakah mereka menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya?. (Kalau ada kekuasaan yang demikian) maka biarlah mereka naik mendaki langit menurut jalan-jalan yang membawa mereka ke situ (untuk mentadbirkan seluruh alam).

Allah menerangkan lagi tentang kekuasaannya keatas langit dan bumi serta isinya. Allah juga mencabar sesiapa dikalangan makhluknya menguasai langit dengan menaiki melalui jalan-jalan yg membawa ke situ sama seperti yg dilakukan ole manusia menggunakan roket. Adakah manusia mampu…dengan teknologi sains yg manusia ada, hanya setakat itu kemampuan manusia

Firman Allah Surah Jin (072) Ayat 8.

Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

Bashir-ud-Din Mahmood menulis,

“idea bahawa ada terdapat kehidupan di tempat lain di alam semesta juga, yang berasal dari Nabi Muhamad (S.A.W.) apabila beliau memberitahu umat Islam:” Apabila kamu duduk dalam sembahyang bagi Attahiyat dan berkata:- Salam sejahtera kepada kami, dan hamba-hamba yang soleh Allah – anda sebenarnya menghantar keamanan kepada semua orang-orang soleh yang hidup di Bumi dan di Langit “Ini jelas menunjukkan bahawa semua jenis orang, baik dan buruk yang hidup di muka bumi kita dan juga didunia lain.  Beliau juga menulis, dengan merujuk kepada Rasial Imam Ghazali, “Menurut Imam Muhammad Ghazali (abad 11), orang-orang di beberapa dunia planet ini telah belajar untuk mengembara (travel) dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Al-Mawdudi direkodkan oleh Bayhaqi dan Haakim.

“Ibnu Abbas ra … percaya dengan keyakinan bahawa terdapat banyak lagi makhluk-makhluk lain seperti makhluk bumi di langit. …

Ibnu Abbas ra bukan sahaja berfikir bahawa bumi itu didiami oleh makhluk pintar tetapi juga bahawa makhluk-makhluk (asing) ini sepintar makhluk di bumi. Bukan setakat itu sahaja Ibnu Abbas ra berkata bahawa mereka (makhluk asing) mungkin juga mempunyai nabi seperti Nabi Muhamad (S.A.W.), dan mempunyai Adam, seperti Adam (A.S.), Nuh, seperti Nuh (A.S.), Ibrahim seperti Ibrahim (A.S.), dan Isa seperti Isa (A.S). “

“Saya masih mencari rekod keterangan sahih dan detail bagi dua petikan diatas.”

Kesimpulan bagi keseluruhan artikel ini bermaksud Allah maha berkuasa, kekuasaan meliputi sekelian alam. Alam yang dicipta oleh Allah meliputi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Tidak ada sesuatu yang mustahil bagi Allah. Didalam langit-langit yang diciptakan oleh ini Allah hiasi dengan bintang-bintang dan planet-planet debu-debu gas-gas yang membentuk nebula dan cakrawala yang tidak terkira banyaknya. Dan bukanlah kelemahan bagi Allah untuk mencipta makhluk-makhluk lain bagi menghuni (menduduki) bintang-bintang dan planet ini yang dapat di takrifkan dari ayat-ayat diatas. Dan bukanlah kelemahan Allah untuk mencipta makhluk-makhluk asing ini menghuni bumi yang lain, kerana Allah juga telah berfirman bahawa bumi juga mempunyai 6  lapisan yang lain.

Semestinya makhluk-makhluk yang diciptakan bukan dari jenis manusia, malaikat, haiwan jin atau syaitan dari jenis yang kita kenal, kerana makhluk yang disebutkan diatas telah dijelaskan oleh Allah adalah menghuni planet bumi, Kecuali malaikat yang melintasi langit bagi mengerjakan perintah dan suruhan Allah. Apa yang pasti makhluk-makhluk Allah itu wujud dan dicipta oleh Allah untuk beribadat an beriman kepadaNya. Mungkin agak malang bagi manusia zaman “moden” ini kerana belum mampu untuk berkomunikasi (berhubung) dengan mereka.

Teori Hollow Earth perlu di ambil kira. Adakah kita perlu pembuktian fizikal dari saintis barat baru kita mula berfikir  ke arah pembuktian yang ada didalam Al Quran dan hadis.” Seorang bijak pandai islam berkata “Sains yang di terima adalah sains yang tidak bercanggah dengam nas Al Quran dan Hadis”. Oleh itu teori-teori sains yang di kemukakan oleh pihak barat jangan di pandang sebelah mata. Dan muslimin di Malaysia mestilah membuang sikap pesimis, skeptik, berpeluk tubuh, tidak mahu menggunakan akal fikiran atas alasan tidak boleh perbuat apa, apa nak jadi jadilah.

Dari Mu’adz bin Jabal r.a katanya ” Aku membonceng Rasulullah S.A.W mengendarai seekor keldai yang diberi nama “ufair”. Rasulullah S.A.W. menanya kepadaku, “ Hai Mu’adz! Tahukah engkau, apakah hak Allah keatas hambanya?’ Jawabku ” Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu”. Sabda baginda “Hak Allah keatas hambanya ialah supaya mereka menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan yang lain. Dan Hak hamba atas Allah ialah tidak menyiksa  orang yang tidak menyekutukan-Nya dengan yang lain” Tanyaku. ” Ya Rasulullah! Apakah aku harus menyampaikannya kepada orang banyak?’ Jawab baginda. Tak usah! kerana dapat menyebabkan mereka berpangku tangan saja nantinya.”

Terjemahan Hadis, Sahih Muslim, Jilid satu, Hadis no27

Maksudnya disini, walaupun perkara ini berkenaan dengan tauhid dan keimanan (perkara yang besar) dan Allah sendiri telah berjanji bahawa setiap umat yang mengucapkan syahadat, dan selagi dia tidak menyekutukan Allah dengan yang lain, Allah telah menjanjikannya Syurga. Begitu mudahnya muslimin untuk memasuki syurga Allah. Namun dalam pada itu Nabi Muhamad S.A.W. melarang Mu’adz menyampaikan kepada orang ramai, kerana ditakuti orang akan berpangku tangan (mengambil mudah, berpeluk tubuh, tidak berusaha).

Berdasarkan hadis diatas, apakah hak kita sebagai muslimin untuk berpeluk tubuh mengambil dan memandang ringan, sedangkan nabi sendiri tidak mahu umatnya mengambil ringan terhadap sesuatu perkara.

Firman Allah Surah Ya Sin (036) Ayat 82.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.

Firman Allah Surah Naml (27) Ayat 65.

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).

…Subhanallah… Wallahuhalam

All verse in the Quran quoted from

The Complete Interpretation of the Meaning of
The Noble Quran In the Arabic-English Language
A Summarized Version of At-Tabari, Al-Qurtubi and Ibn Kathir
with comments from Sahih Al-Bukhari
By
Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali, Ph.D.
Dr. Muhammad Muhsin Khan
International Islamic University Malaysia
Copyrights Notice: Totally Free Distribution for Dakwah purpose. Use it – Spread it, May Allah SWT blessed us all.

Powered by

2 Responses to “Lanjutan: Makhluk Asing, Alien Dalam AlQuran”

  1. Bgus artikelny…. tpi sayang warna tulisan kayak pelangi…. jdi agak kurang kena maknanya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: