Makhluk Asing, Alien Dalam AlQuran

Extra Intelligence Terrestrial

Alien…ET atau Extra Terrestrial… saya lebih tertarik menggunakan Extra Intelligence Terrestrial dalam bahasa ibunda Makhluk Asing Yang Bijak. Sejak akhir-akhir ini minat saya tertumpu kepada makhluk di luar dunia ini yang selalu kita sebut sebagai Alien. Apabila membicarakan tentang alien atau makhluk asing,secara langsung terdapat perkaitannya dengan UFO (Unidentified Flying Object) atau  Objek tidak dikenali.

Kajian-kajian oleh para saintis  dan juga berdasarkan kepada laporan pemerhatian awam, mendapati fenomena kemunculan alien di bumi kita ini amat luarbiasa sekali banyaknya beberapa tahun kebelakangan ini. Makhluk asing atau Alien  dan juga UFO menjadi satu berita dan perdebatan yang hangat di seluruh dunia.

Situasi  ini berlaku disebabkan oleh sifat ingin tahu manusia yang melihat sesuatu benda  dan tidak boleh mengenalpasti apakah yang di lihat menyebabkan mereka cuba untuk cuba mencari bukti-bukti lain untuk memenuhi naluri perasaan ingin tahu mereka,

Melalui bukti-bukti yang manusia kumpulkan mereka juga  cuba untuk berkongsi maklumat dan mempengaruhi (influence) orang lain terhadap apa yang mereka lihat atau pengalaman  yang  telah mereka lalui.

Rekod menunjukkan bahawa alien  dan UFO telah mula berkunjung ke bumi sejak zaman ribuan tahun dahulu.  Semenjak dari dahulu makhluk asing telah mengadakan perhubungan secara langsung dengan pendiuduk bumi bagi sesetengah bangsa atau kaum terdahulu mengangap mereka sebagai tuhan. Berdasarkan kepada catatan dan rekod,terbukti bahawa kehadiran makhluk asing ke bumi  telah membawa kepada suatu keadaan yang boleh dikatakan sebagai” technology transfer”, memindahkan teknologi mereka untuk kegunaan manusia di bumi membantu membangunkan peradaban manusia.

 Pembinaan pelbagai jenis piramid di seluruh pelusuk duni seperti  The Great Pyramid of Cholula, juga di kenali sebagai di  Tlachihualtepetl  Cholula, Puebla, Mexico, Piramid Agung  atau  Pyramid of Khufu di Giza Mesir,Piramid  Nubian di Meroë , Sudan , pyramid  Hellinikon di Argolid, Greece dan Piramid Bulan atau Pyramid of the  Moon Teotihuacan di Mexico. Selain piramid, banyak lagi peninggalan lama (ancient relic) yang ditemui memperkuatkan lagi  hujah terhadap kewujudan teknologi silam (ancient technology) yang tidak boleh di sangkal oleh manusia zaman moden. Dari manakah teknologi ini datang?

Berikut adalah 2 contoh teknologi silam yang masih lagi digunakan pada zaman moden kini dengan sedikit pengubahsuaian.

  • Sistem computer analog (Antikythera mechanism) pertama dipercaya telah di bina kira-kira 150 hingga 100 tahun sebelum masehi


  • Heron (Raja Heron atau Hero of Alexanderia telah menggunakan system pintu automatic ( Aeolipile ) pertama didunia pada abad pertama sebelum masehi.

Selain itu terdapat artifak-artifak dan relik-relik  yang di temui oleh arkeologi  di seluruh pelusuk dunia , boleh digunakan sebagai bukti kehadiran makhluk asing ini pada zaman silam.  Jika benar makhluk asing yang bajiksana ini wujud sejak zaman dahulu  membantu mamperkembangkan tamadun dan kebudayaan silam, adakah kehadiran mereka pada hari ini masih lagi membawa maksud atau niat yang sama atau….?

Jenis-Jenis Makhluk  Asing.

Beberapa maklumat tentang Jenis-Jenis Alien yang di ketahui pernah hadir ke bumi. Kesahihannya adalah diragui sementelah tiada bukti-bukti jelas  dan tiada perhubungan secara formal berlangsung yang terbukti sehingga diantara mana-mana kerajaan didunia ini dengan warga alien ini. Walaupun banyak teori konsperasi dikeluarkan namun tidak disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.

 

Berdasarkan kepada foto-foto diatas, seperti manusia , terdapat pelbagai bangsa makhluk asing yang kita kenali hanya sebagai alien atau alien race’s. Anda kenal satu darinya?

UFO, Alien dan Sejarah Peradaban Manusia

Lokasi: Gua tolo, Tanzania
Masa: kira-kira 2900 tahun dahulu
Medium: Dinding Gua

 

Objek berbentuk seperti piring terbang, dan juga beberapa objek bercahaya di bahagian bawah grafiti.

Lokasi: Tassili, Gurun Sahara , Afrika Utara
Masa: 6000 tahun sebelum Masehi
Medium : Dinding Gua

Keterangan: Lembaga yang dikenalpasti bukan manusia dan kelihatan juga piring terbang di sudut kiri gambar.

 Lokasi : Toro Muerto, Peru
Masa : 12000 hingga 14000 tahun dahulu
Medium: Batu keras.

Keterangan: Kelihatan beberapa lembaga yang mempunyai kepala yang bercahaya. Kelihatan juga objek kelihatan seperti kapal angkasa.

Lokasi : Querato, Mexico
Masa: 5000 sebelum masehi
Medium: Dinding Batu (Petroglyph)

Keterangan : Kelihatan beberapa lembaga yang disifatkan sebagai manusia mendepangkan tangan terhadap satu objek bercahaya yang dikenalpasti sebagai matahari. Turut kelihatan beberapa piring terbang berada didepan matahari tersebut.

Lokasi : Sego Canyon, Utah, Amerika syarikat
Masa: 5500 tahun sebelum masehi
Medium : Batu Keras.

Keterangan: Kelihatan beberapa lembaga  yang dikenal pasti bukan manusia berdasarkan kepada benuk mata yang besar, seperti yang terdapat pada gambaran aliens pada masa kini.

Lokasi : New Kingdom temple, Mesir ( beberapa ratus batu dari selatan Kaherah)
Masa : Kira-kira 3000 tahun dahulu
Medium: Blok Siling ( Batu yang diukir/tempa)

Keterangan: Amat menakjubkan kelihatan beberapa lakaran tepat kenderaan moden yang amatdikenali pada hari ini seperti helicopter, kapal terbang, glider (Star Wars: Episode I – The Phantom Menace (1999)) dan kapal selam

 

Glider

The tomb of astronout

Lokasi : Palenque,Negeri  Chiapas Mexico
Masa : lebih kurang 650 tahun  selepas masehi
Medium: Ukiran di Batu penutup Makam Pacal (Pakal) Raja Mayan

Keterangan: secara amnya batu ini menceritakan pengembaraan seorang raja selepas meninggal dunia, menaiki sebuah mesin pengangkutan. Mesin tersebut lengkap mempunyai bekalan oksigen alat pemanduan dan juga mempunyai  pedal kaki serta mempunyai muncung roket yang mengeluarkan api di bahagian belakangnaya. Alat pengangkutan ini dikenali sebagai mesin pengembaraan angkasa lepas (Space traveller ) bagi sesetengah pengkaji.

Carl Sagan seorang cendikiawan angkasa lepas apabila ditanya apakah dia percaya akan kewujudan makhluk asing. Jawabnya “If there are only us, the universe is such a waste of space”

Sila rujuk ke galeri untuk melihat lakaran, lukisan dan graffiti manusia purba berkenaan  sejarah lebih lanjut  Ufo, Alien dan Sejarah peradaban manusia.

Pertembungan Alien Dan UFO Dengan Manusia Pada Zaman Pertengahan
-akan datang-

Pertembungan Alien Dan UFO Dengan Manusia  Zaman Moden.

Pada zaman moden ini pertambungan Alien dan ufo dengan manusia telah kerap kali diperkatakan. Pelbagai bukti berbentuk gambar-gambar fotografi, audio dan visual dikemukakan. Namun begitu manusia masih lagi was-was dan tidak pasti kerana pertembungan tersebut berlaku secara tidak di sengajakan. Terdapat banyak teori konsiperasi berkenaan dengan amalan sesetengah kerajaan pemerintah, terutamanya kuasa-kuasa besar yang sengaja menafikan kewujudan makhluk angkasa yang bijak ini.

 UFO:The Greatest Story Ever Denied

Saya pernah terbaca satu artikel berkenaan kini telah tiba waktunya bagi kerajaan Amerika mendedahkan segala rahsia yang tersimpan lebih 50 tahun berkenaan pertembungan diantara manusia dan makhluk asing kepada rakyatnya dan kepada dunia. The Disclosure Project melalui pengarahnya Dr. Steven Greer telah berjaya mengumpulkan ramai individu-individu profesional  yang berkerja di organisasi-organisasi rahsia  yang bersedia untuk mendedahkan apakah yang berlaku didunia ini sebenarnya. . Dokumentari ini juga menerangkan tentang organisasi di belakang  kerajaan yang amat berkuasa mengawal segala aktiviti kerajaan Amerika syarikat, sehinggakan Presiden Amerika juga tidak berupaya mengawal mereka. Organisasi yang tidak terletak dibawah mana undang-undang atau peraturan ini yang menjadikan segala “event” yang berlaku di dunia ini adalah sesuatu  yang telah dirancang sejak sekian lama semata-mata kerana tamakkan kuasa dan wang. Mereka ini mengeksploitasikan teknologi angkasa lepas yang diperolehi untuk kepentingan sendiri.  Lihat, dan fikir-fikirkan lah….

                                        Video courtesy by
 
 
 
  

 

 Alien, UFO didalam Kitab Al Quran

 Bismillaaahir-rahmaanir-rahiim…

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani)

Alien, UFO atau makhluk asing, adakah benar mereka ini wujud? Persoalan seperti ini seringkali berlegar-legar dikepala dan minda kita. Tiada jawapan yang diperolehi dan akhirnya persoalan ini di tinggal sepi, menantikan kehadiran seseorang yang lain untuk memberikan jawapan. Inilah diri saya, diri anda, diri kita semua yang sebenar. Tiada apa yang dimalukan. Inilah hakikat yang sebenar tentang diri kita, mengharap, mengharap dan terus mengharap orang lain berfikir dan mencari jawapan bagi kita semua.

Persoalan berkenaan kewujudan Alien ini bermain difikiran saya setelah saya melawat satu laman web yang menceritakan kewujudan Crop Circle. Persoalan yang timbul pada diri saya, Siapakah membina jika bukan dibina oleh manusia….ALIEN? Jadi benarkah Alien atau makhluk asing ini wujud.

Pencarian berdasarkan rekod dan bukti yang wujud adalah berasaskan kepada maklumat  rekod-rekod zaman dahulu dan juga berdasarkan kepada bukti-bukti saintifik. Bagaimana pula dengan Al Quran?  Adakah maklumat berkenaan makhluk asing didalam Al Quraan? Jika ada juzuk apa, surah apa? Ataupun tiada langsung!

Setelah meneliti beberapa laman berkaitan tentang kewujudan makhluk asing  dan perkaitannya dengan Al Quran, berikuta adalah beberapa fakta yang dapat diutarakan yang dipetik dari laman-laman berkenaan. Seandainya ada kekurangan, anggaplah kekurangan itu sebagai kekurangan dan kelemahan seorang hamba Allah yang serba kekurangan, dan sangat kerdil disisi Nya.

Berikut adalah penelitian saya terhadap Al Quran terhadap ayat-ayat (yang mungkin) boleh dirujukkan kepada kewujudan makhluk asing di dunia ini,wallaahu ‘alam…

 Apabila saya mula mengupas perkara ini, persoalan ini seringkali bermain di minda saya .Perlukah kita berbincang, berbicara dan berhujah berkenaan UFO atau Alien yang sememangnya ghaib (tak pernah Nampak atau jumpa pun) dari pandangan mata sebahagian dari kita?

Setelah berfikir panjang ….

Firman Allah Surah surah Al-Baqarah (Surah 2 ayat 2)

Kitab (al-Quran) ini, tiada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Firman Allah Surah Al-Ankabut  (Surah 29 ayat 52)

Katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah menjadi saksi (yang mengetahui perkara yang berbangkit) antaraku dengan kamu; Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan mereka yang percaya kepada perkara yang salah dan tidak percaya kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi. -

 Firman Allah Surah Al-Mujaadalah (Surah 58 ayat 11)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Firman Allah diatas digunakan bagi menolak hujah-hujah kepada umat manusia yang tidak mahu belajar dan mengkaji sesuatu perkara yang wujud di muka bumi.

 Firman Allah berkenaan menjelaskan umat manusia digalakkan untuk belajar dan mengkaji sesuatu perkara asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum-hukum Allah. Dan apabila kita tersesat atau kehilangan punca, maka hendaklah kita kembali kepada kitab Allah dan juga rasulnya.

Firman Allah Surah An nur (Surah 24 ayat 42)

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).

Firman Allah Surah Fussilat (Surah 41 ayat 44)

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Al Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.

 Sebagai seorang umat Islam apa pun perbicaraan dan perbincangan serta pelajaran hendaklah kita merujuk Al Quran sebagai sumber rujukan yang utama, lebih utama dari kitab-kitab yang terdahulu. Al Quran telah diturunkan oleh Allah  untuk menjadi panduan kepada manusia di muka bumi ini.

Firman Allah Surah An Nisaa’ (Surah 4 Ayat 174)

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

 
Firman Allah Surah At-Taubah (Surah 9 Ayat33)

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya

Firman Allah Surah Yunus (Surah 10 ayat 57)

Wahai manusia!Sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran (al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh kepada penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.

Firman Allah Surah surah al-Jathiyah (Surah 45 ayat 20)

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

 Jelas, kita sebagai hamba Allah hendaklah meninggikan agama Islam atas segala agama-agama yang lain.

 Melalui rujukan yang dibuat Al Quran tidak pernah menceritakan secara terus terang tentang kewujudan makhluk lain selain dari manusia di bumi Allah ini. Namun begitu ada beberapa surah yang saya rasakan boleh  atau memberi maksud dan pengajaran tentang  kewujudan makhluk lain yang bijak,  selain dari Manusia, Malaikat, Jin dan syaitan di alam ini.

Terdapat banyak artikel yang berhujah tentang kewujudan Alien dan Ufo.

Rujuk kepada link-link dibawah

-akan datang-


Berbicara Tentang Alien didalam  Al Quran,

Benarkah ada kehidupan lain diluar dunia ini? Persoalan yang diutarakan ini akan mengundang pelbagai reaksi, dan mempunyai pelbagai jawapan yang erbeza-beza. Jawapan yang diterima kemungkinan sekali ialah tidak dan tidak pasti. Mengapa? Kerana ragu-ragu. Mengapa ragu-ragu? Kerana kebergantungan kita kepada penemuan yang dilakukan oleh ilmuan-ilmuan dari barat.  Ini yang berlaku pada masa ini iaitu umat manusia khususnya orang Islam lebih cenderung dan lebih percaya kepada orang Ilmuan dari barat.

Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Mencipta, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah mencipta pelbagai makhluk tidak terhingga banyaknya. Kita sebagai makhluk Allah hanya mengenali sebahgian kecil sahaja makhluk-makhluk tuhan ini, dan banyak lagi selain dari manusia dan haiwan yang tidak kita kenali juga kita ketahui.

 Apabila kita berbicara tentang sesuatu yang tidak dapat dengan jelas,tentang alam ghaib, ruang perbicaraan kita amat luas seakan tiada penghujungnya. Allah memang mewajibkan kita untuk percaya atas kehadiran makhluk ghaib dan juga alam ghaib sebagaimana disebutkan di dalam firman Allah

Firman Allah surah Al-Baqarah  (Surah 2 ayat 4)

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Apabila kita diminta percaya kepada perkara-perkara ghaib seperti hari akhirat dalam surah diatas, sudah tentulah kewujud makhluk asing  atau alien itu bukan sesuatu yang mustahil.

Makhluk asing yang bijak sana ata Extra Intelegence Terestrial atau alien sememangnya tidak diterangkan dengan nyata didalam Al Quran, tetapi didalam Al Quran ada disebutkan beberapa ayat yang boleh ditafsirkan kepada kewujudan makhluk asing  ini.

Surah Al-Imran (Surah 3 ayat 83)

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari Agama Allah? Padahal kepada Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

Berdasarkan kepada pengajaran,pelajaran dan pemahaman yang diterima oleh kita semasa membesar,  makhluk tuhan yang wujud di muka bumi adalah umat manusia, kerana hanya manusia yang mempunyai akal dan fikiran. Bagaimana dengan Jin, iblis dan syaitan? sudah tentulah mereka juga makhluk Allah yang wujud di muka bumi ini walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Bagaimana dengan makhluk di langit? Sudah tentulah Jawapannya adalah para malaikat seperti Jibril dan Mikail.

Jika diteliti “makhluk di langit” yang disebut didalam ayat ini sudah tentulah bukan para malaikat, kerana malaikat tidak pernah menyengutukan Allah dengan mencari agama lain selain dari agama Allah. pemahaman yang lebih luas menunjukkan bahawa ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada Malaikat,manusia, jin, iblis dan syaitan, tetapi juga kepada makhluk Allah yang lain yang mendiami langit atau planet-planet lain selain dari bumi bahawa Allah maha berkuasa keatas mereka.

Surah Yasin (Surah 36 Ayat 82)
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka jadilah ia.

….wallaahu ‘alam.

 Firman Allah surah Ar-Ra’d  (Surah  13 ayat 15)

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.

 Di dalam ayat ini terdapat  perkataan dalam bahasa Arab iaitu MAN. Perkataan ini biasanya digunakan untuk makhluk selain dari manusia tetapi mempunyai akal fikiran  seperti manusia.

 MAN biasanya digunakan untuk manusia  yang tinggal di bumi yang mempunyai akal fikiran, tetapi didalam ayat ini Man juga ditujukan kepada makhluk selain dari manusia  yang tinggal di langit agar turut sujud kepada Allah. Didalam konteks perbincangan ini kemungkinan MAN didalam ayat ini adalah makhluk asing yang bijaksana ataupun Alien, yang juga  merupakan makhluk ciptaan Allah SWT.

Firman Allah SWT Surah Ibrahim (Surah 14 ayat 19)

Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan hak? Jika Dia menghendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mengganti(mu) dengan makhluk yang baru.

Didalam surah diatas, Allah menjelaskan kekuasaannya kepada umat manusia bahawa Allah boleh pada bila-bila masa dan ketika mengantikan kita  umat manusia dengan makhluk yang baru jika kita tidak beriman dan mendustakannya. Al Quran secara jelas menerangkan kemusnahan kaum-kaum yang menyengutukan Allah seperti  kisah kaum Ad, kaum Thanud dan Kaum Saba, dan digantikan dengan kaum yang baru.

Pandangan terhadap “makhluk yang baru”  ini jika  berdasarkan kepada pemikiran dan rujukan kita berasaskan kepada kisah didalam Al Quraan adalah pengantian terhadap kaum umat manusia yang lain.Tetapi jika kita pandang dari prespektif  yang lebih luas ayat ini menjelaskan kekuasaan tuhan untuk mengantikan manusia dengan makhluk yang baru  yang boleh ditafsirkan selain dari manusia, jika manusia mengingkari perintah Allah SWT. Adakah Allah berkuasa untuk berbuat demikaian? Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa,Maha Memiliki Kekuatandan  Maha Sempurna Kekuatannya.

Firman Allah surah Al-Isra’  (Surah 17 ayat 70 )

Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluk yang telah kami ciptakan.

 Surat Al Isra menjelaskan tentang kelebihan anak-anak Adam yang ada di muka bumi ini. Sebab Al Quran di turunkan melalui Nabi Muhamad kepada seluruh umat iaitu cucu-cicit anak nabi Adam.

 Allah berfirman 

“kami lebihkan mereka kelebihan yang sempurna  atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan.

Didalam surah ini  Al Quran menjelaskan bahawa makhluk-makhluk ciptaan Allah tidak hanya terdiri dari makhluk yang kita kenali atau tahu yang wujud di muka bumi ini sahaja. Allah juga telah mencipta makhluk-makhluk lain yang mungkin kita belum kenali dan berada di luar dunia kita.

 Firman Allah Surah Al-Baqarah ( Surah 2 ayat 21)

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

 “Orang-orang terdahulu daripada kamu”  boleh ditafsirkan kepada beberapa tafisaran,antaranya ialah orang-orang terdahulu sebelum wujudnya agama islam,  seperti orang Yahudi ataupun orang Nasrani, atau ia juga boleh ditafsirkan sebagai orang-orang zaman purba (ancient people).

Memungkinkah kita member tafsiran yang lebih luas, iaitu orang-orang terdahulu daripada kamu adalah makhluk-makhluk lain yang Allah ciptakan didunia yang lain. Berdasarkan kajian sejarah, bukan manusia sahaja makhluk tuhan yang telah wujud sejak zama dahulu (ancient people). Tetapi terdapat juga astronaut purba (ancient astronaut). Ini dapat di lihat dari tulisan dan lakaran-lakaran yang terdapat di gua-gua masa silam dimana pada waktu itu tulisan belum wujud. Tetapi manusia silam berkebolehan pula merekod  peristiwa penting yang berlaku dalam bentuk lakaran dan juga lukisan. Jika tafisiran yang lebih luas  ini di ambil kira dapat di fahami bahawa makhluk asing yang bijak ini pun sememangnya wujud kerana mereka juga makhluk Allah

 Apabila tafisaran yang lebih luas diberikan kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah, secara langsung kita juga member tafisaran yang luas kepada dunia, langit dan bumi.

Oleh itu apa yang di maksudkan dengan dunia sudah tentulah bukan bumi sahaja, tatapi seluruh alam semesta. Ini kerana jika didalam Alquraan disebut bahawa dunia ini akan dihancurkan apabila berlakunya hari kiamat, sudah tentulah kehancuran tersebut bermaksud kehancuran  seluruh alam semesta dan bukan bumi sahaja yang musnah.

 Alam ciptaan Allah ini amat luas, mempunyai berratus –ratus juta bintang. Apabila alam ini mempunyai beratus-ratus juta bintang, bermaksud  bintang-bintang  tersebut masih lagi boleh dikira. Cerdik pandai seringkali menggunakan perumpamaan jumlah bintang dilangit sama seperti butiran pasir di pantai. Tidak dapat di hitung satu persatu.

 Apabila Allah SWT mencipta alam yang seluas demikianyang mempunyai berjuta-juta planet adakah hanya satu planet  sahaja iaitu bumi  yang mempunyai makhluk ciptaannya, dan planet-planet lain tidak.  Sedangkan setiap sesuatu yang diciptakan oleh itu mempunyai ketentuan serta  mempunyai peranan dan tanggung jawab yang tertentu.

 Firman Allah Surah Al Imran (Surah 3 ayat 83)

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

Didalam  surah Al Imran  diatas apabila “SAMAWAT” itu ditafsirkan sebagai langit, berdasarkan kepada hukum akal manusia adakah manusia  boleh hidup di langit? Ini kerana secara fitrahnya manusia hanya boleh hidup di bumi sahaja. Namun apabila tafsiran secara lebih meluas bahawa SAMAWAT itu adalah bintang-bintang atau planet-planet maka mengikut hukum akal manusia ada makhluk Allah di luar sana yang tinggal di langit bermaksud menjadi penghuni planet-planet ciptaan Allah.

 Surah Al Imran ayat 83 ini juga  menyatakan dengan jelas bahawa Allah telah menjadikan Islam sebagai agama orang-orang  di langit ( di bintang dan planet-planet) dan orang-orang yang  terdapat di Bumi dengan patuh dan terpaksa. Jika tafisaran ayat ini di perkembangkan adalah jelas bahawa Allah SWT telah menyampaikan kepada umat manusia bahawa terdapat makhluk-makhluk  yang tidak kenali  diluar muka bumi ini dan ada diantara mereka beragama islam. Makhluk yang tidak kenali  ini kita kenali sebagai Makhluk Asing yang bijaksana atau Alien.

Firman Allah Sura At-Talaaq (Surah 65 ayat 12)

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

 Pentafsiran “SAMAWAT” sebelum ini membawa maksud langit  dan didalam surah ini  menerangkan Allah SWT menciptakan tujuh petala langit. Apabila umat manusia berbicara tentang langit, perbincangan tentang langit terhenti begitu sahaja kerana ia merangkumi alam ghaib yang tidak diketahui oleh manusia. Al Quran itu diturunkan oleh Allah untuk memberikan petunjuk kepada manusia tentang berbagai-bagaipersoalan, baik menyangkut masalah ibadah maupun tentang ilmu pengetahuan dan tekhnologi yang tidak boleh dijawab oleh akal manusia. Jika ayat- ayat Al Quran tidak boleh difahami menurut akal fikiran manusia mahupun ilmu pengetahuan untuk apa Al Quran itu diturunkan? Oleh itu,

 Firman Allah Surah Al mu’minnun  (Surah 23 ayat 17 )

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.

Tujuh jalan di atas kamu membawa pelbagai pengertian dan tafsiran. Jalan-jalan ini juga boleh dimaksudkan sebagai orbit-orbit planet-planet  dan juga makhluk-makhluk yang ada didalamnya yang terletak berhampiran dengan bumi.

 Firman Allah Surah Nuh (Surah 71 ayat 16)

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,”Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),

Tetapi apabila samawat itu diberi maksud sebagai planet-plenet dan bintang-bintang yang terletak di angkasa raya, ayat ini menerangkan dengan jelas kewujudan hubungan diantara planet-planet tersebut dengan planet bumi.

 Firman Allah SWT (Surah  At-Talaaq  Surah 65 ayat 12)

 “Perintah Allah berlaku terus menerus diantara langit dan bumi” 

 Segala perintah Allah kepada umat manusia, begitu jugalah perintah Allah kepada makhluk-makhluknya yang lain. Apabila tiba ketentuan masa maka berlaku urusan terus menerus diantara keduanya iaitu langit  ( planet-planet) dan bumi.  Makhluk-makhluk Allah  yang berada di Samawat (planet-planet ini) akan berurusan dengan masyarakat yang ada di bumi ini tentang berbagai bagai perkara,seperti hubungan perdagangan, mungkin juga hubungan antara agama,dan kemungkinan juga perang diantara planet.

 Sebagian besar orang-orang Islam beranggapan bahawa Samawat bermaksud langit, sehingga Allah menciptakan langit itu berlapis tujuh. Namun dimanakah lapisan langit-langit berkenan kerana tidak pernah ditemui lapisan langit berkenaan? Oleh kerana perkara ini berkaitan dengan perkara ghaib, kebanyakan dari kita hanya mengambil pendekatan memulangkan balik  perkara ini kepada Allah, kerana Allah SWT Maha Mengetahui dan maha Bijaksana….so simple?

Apabila kita berhadapan atau berhujah dengan sesiapa sahaja yang bukan beragama islam, penerangan seperti ini menjadikan mereka  dari barat tidak mempercayai  kewujudan dan kekuasaan Allah SWT, kerana langit yang berlapis tujuh itu tidak pernah ditemui dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya sehingga kini.

Al Quran itu diturunkan oleh Allah kepada seluruh hambanya  untuk  memberikan petunjuk dan panduan kepada manusia terhadap pelbagai persoalan, baik menyangkut masalah ibadah maupun tentang ilmu pengetahuan dan teknologi. Jika dapat dibuktikan oleh orang bukan Islam bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam Al Quran ini tidak boleh difahami menurut akal dan fikiran, maupun ilmu pengetahuan manusia, contohnya  tentang Samawaat, itu tiada, belum ditemui atau mungkin dirahsiakan, untuk apa Al Qur’an itu diturunkan?  dan untuk apa manusia diberi akal dan fikiran jika tidak digunakan untuk berfikir. Sehingga bilakah muslimin berharap agar orang lain berfikir untuk mereka dan menerima bulat-bulat penjelasan orang lain yang tidak seagama dengan mereka?

Firman Allah surah Al Anfaal ( Surah 8 ayat 22)

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

 Firman Allah Surat As-Syuura ( Surah 42 ayat 29)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

Firman Allah SWT didalam ayat ini menjelaskan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah terhadap segala kejadian di langit dan dibumi. Apa yang menariknya dalam terjemahan ayat ini adalah ayat berikutnya “serta segala ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata ( dabbatin).  Tafsiran secara umum makhluk-makhluk yang melata itu biasanya terdiri dari manusia yang menjadi penghuni planet bumi ini. Ini kerana secara umumnya ayat ini dan Al Quran diturunkan untuk hanya untuk umat manusia, dan hanya manusia itu sendiri  yang memahami Al Quran berdasarkan kepada Ilmu pengetahuan yang terdapat pada  mereka.

Namun, jika di teliti  dengan mendalam, ayat ini juga turut menjelaskan makhluk tuhan bukan sahaja yang terdapat di planet bumi sahaja , tetapi  juga di langit, bintang atau planet-planet ( assamawatiwal-ardi). Persoalannya siapakah atau apakah makhluk Allah  yang tinggal di langit, bintang atau planet-planet lain selain bumi ?…Alien?

Dalam pada itu penafsiran terhadap makhluk yang melata juga sebenarnya agak bertepatan dengan rupa bentuk makhluk asing yang pernah ditemukan atau  ditemui oleh para saksi. Makhluk yang melata dibumi ini bukan sahaja terdiri dari manusia. tetapi ada juga makhluk-makhluk lain yang melata di bumi Allah SWT ini  seperti ular, cicak, mengkarung dan lain-lain (reptlia).

 Bentuk-bentuk reptlia ini (biasanya bentuk kepala) sering kali ditemukan didalam lukisan, grafiti dan juga objek-objek  yang dilukis dan dibentuk oleh manusia zaman dahulu kala. Adakah manusia pernah bertembung dengan makhluk-nakhluk seperti ini sejak zaman dahulu? Adakah  makhluk-makhluk ini sering mengunjungi bumi? Dah sebagai muslimin, jika “mereka” ini wujud sudah tentulah “mereka” juga makhluk Allah.

 Firman Allah Surah An-Nuur (Surah 24 ayat 45)

 

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

53 Responses to “Makhluk Asing, Alien Dalam AlQuran”

  1. subhanallah… Allah maha mengetahui lagi bijaksana….

  2. nahdatul awatiff Says:

    salam,ape pule prbezaan manusia ngn alien?

    • Beginilah..apa bezanya manusia dengan jin dan syaitan…

      Persamaan antara manusia dengan Jin atau syaitan

      1.Kesemuanya adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah
      Firman Allah surah Az-Zariyat ayat 56 “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

      2.Mereka diperintahkan untuk menyembah dan beribadat kepadaNya
      Firman Allah Surah Al- Jin Ayat 11 “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami ada yang tidak demikian perkaranya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.”

      Firman Allah Surah Al- Jin Ayat 14
      Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kami golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,

      Firman Allah Surah Al- Jin Ayat 15
      ” Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam”.

      3.Kedua-duanya mempunyai rasul.
      Firman Allah surah Al An’am ayat 130 bermaksud
      Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: “Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)”. Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

      4.Kedua-duanya mempunyai mata,telinga, hati,otak atau berfikirsn (akal).
      Firman Allah Surah Al- A’raf ayat 179
      “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

      5.kedua-duanya mempunyai keinginan atau nafsu.
      Firman Allah Surah Al- A’Rahman ayat 56
      “Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin”

      Perbezaannya

      1. Manusia dicipta dari tanah
      Firman Allah Surah Al- Hijr ayat 26
      Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

      2.Jin dan Syaitan dicipta dari Api
      Firman Allah Surah Al- Hijr ayat 27
      Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

      3. Haiwan dicipta oleh Allah dari Air
      Firman Allah Surah An-Nur ayat 45
      Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

      Berdasarkan kepada Firman-Firman Allah diatas dapat kita simpulkan bahawa manusia dan Alien juga adalah makhluk Allah.Namun begitu Adakah Alien itu termasuk dikalangan golongan Jin atau Syaitan??

      Firman Allah Surah Ar-Rahman ayat 33 bermaksud
      Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

      Nabi SAW bersabda: “sesungguhnya syaitan (dari golongan jin) itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah, maka dari itu aku khuatir bahawa syaitan akan melemparkan sesuatu kejahatan dalam hati kamu. (HR. Bukahri Muslim”).

      Syaitan jin termasuk makhluk ghaib / halus yang dapat menyelinap ke segala tempat dalam keadaan bagaimanapun. Dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia mengikuti aliran darah sehingga ia dapat berleluasa menggoda dan menyebarkan kerosakan kepada manusia sebagaimana isyarat hadis di atas.

      Dorongan kejahatan dalam diri kita boleh datang dari nafsu dan juga dari dorongan syaitan atau iblis. Sebenarnya adalah mudah untuk mengenali hasil tugasan mereka melalui tusukan ke hati ini. Namun yang lebih penting selepas ini adalah untuk mengenalpasti syaitan di kalangan manusia yang terus bertugas untuk menjerumuskan manusia ke neraka. Seorang manusia sukar menjadi jahat apabila terdedah kepada syaitan jin dan iblis semata-mata tetapi seseorang manusia amat mudah terjerumus kepada kejahatan hasil dari pengaruh syaitan manusia yang menjadi sahabatnya.

      Ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan kejahatan ingkar perintah Allah, Allah akan menghadiahkan syaitan dari golongan jin bernama Qarin yang menjadi satu lagi teman setia yang tidak lekang yang akan terus menggoda dan menjerumuskan pelaku ke neraka.

      Firman Allah Surah Az Zukhruf 43:36
      “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.”

      Berdasarkan kepada firman Allah dan Sabda Nabi Muhamad S.A.W dapat disimpulkan bahawa Alien bukan terdiri dari golongan jin. Ini adalah berdasarkan kepada fizikal mereka yang tidak ghaib dan boleh dilihat oleh mata kasar manusia.Berdasarkan kepada fizikal sebilangan besar Alien yang pernah dilihat ini berbentuk seperti haiwan ataupun reptilia..kemungkinan mereka adalah makhluk Allah yang diciptakan daripada air.

      Wallahualam

      • Assalaamualekom. Alhamdulillah, shukr saya dapat membaca maklumat utuh dari saudara yang amat saya perlukan. Saya adalah salah seorang pengkaji UFO secara persendirian. Namun apabila kita sebut UFO, ramai diantara kita salah anggap bahawa kita telah jumpa makhluk asing dari angkasa. Lebih lagi, zaman ini penuh dengan fitnah dan pembohongan yang bergerak secara langsung dan terangan siang hari. Ini menyebabkan atau terlahirnya ‘skepitism’ di kalangan manusia, melainkan mereka membuat kajian tanpa prejudis dan memiliki sifat ingin tahu dengan niyat kerana Allah kerana sifat itu harus dimiliki oleh orang-orang yang beriman kerana alhamdulillah, penelititan dan kajian saya sering kali saya rujuk semula di dalam Al-Quran dan tafsiran Quran.

  3. jadi makhluk asing tu wujud la

    • Berdasarkan kajian saya buat masa ini begitulah..namun begitu

      Sebaik-baiknya kita rujuk pada Al Quran

      Firman Allah Surah Al Baqarah Ayat 2 bermaksud “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”

      Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :

      Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

      Sebagai umat kita harus meneliti dan mengkaji, dan bukan hanya mengikut pandangan orang lain. Oleh kerana topik ini kebanyakannya di kupas mendalam oleh orang orang bukan Islam, jadi boleh dikatakan kebanyakan umat islam pada masa ini hanya mengikut pandangan dan kajian mereka sahaja dan sesetengahnya tidak ambil peduli tentang perkara ini…Adakah perkara seperti ini harus terjadi.

      Berdasarkan kepada dalil akli (akal fikiran)
      Bukti-bukti kewujudan “mereka” ini telah ada, berdasarkan kepada grafiti, lukisan dan juga ukiran oleh zaman purba yang mengambarkan kewujudan “mereka’ ini. Sebagai contoh jika kita berikan sekeping kertas kosong kepada seorang rakan dan kita meminta beliau untuk melukiskan sesuatu objek yang mereka tidak pernah lihat, adakah mereka mampu untuk melukis atau melakarkannya? jawapanya adalah tidak. Ini adalah kerana manusia hanya mempunyai kebolehan untuk melukis atau melakarkan sesuatu objek setelah mereka melihat objek berkenaan. Oleh itu adakah manusia dizaman purba mampu melukis atau melakarkan sesuatu dengan tanpa pernah melihat objek atau subjek berkanaan.

      Dalil Naklinya

      1. Adakah di alam yang mempunyai 7 petala langit dan 7 petala bumi ini Allah hanya menjadikan bumi sahaja dan Manusia sebagai
      makhluk yang menyembahnya sahaja?

      Firma Allah surah Qaf ayat 38 bermaksud “”Sesungguhnya telah Kami jadikan beberapa langit dan Bumi dan apa-apa yang diantara keduanya dalam enam hari dan Kami tiada merasa payah …”

      maksud apa-apa disini boleh juga disifatkan sebagai makhluk Allah yang lain selain dari manusia dan haiwan yang ada di muka bumi.

      4. Adakah Planet-planet lain yang wujud dan yang telah di kenalpasti kosong tanpa penghuni atau makhluk tuhan yang lain?
      Firman Allah Surah Al Baqarah ayat 117 bermaksud “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia.”

      Wallah uhalam

      • Apalh yg hg dok merepek ni.byk kuliah2 agama d masjid,p belajar dlmkn ilmu agama.Jgn dok mmandai2 tafsir alquran ikut kepala sendiri..

      • salam, terima kashi atas pandangan saudara.
        Bismillah,

        Firman Allah Surah Saad. Ayat 029 bermaksud,

        (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
        pengkaji dan saintis yang beragama islam.

        Dari sudut tafisaran alquran, tidak sesekali (nahuzubillah) saya cuba memosangkan ayat alquran atau mebuat tafsiran sesuka hat. Rasanya tiada satu pun ayat Alquran didalam blog ini tafsiran sendiri. Apa yang saya kemukakan berdasarkan kepada pandangan akal (dalil aqli) yang kemudian saya rujukan kepada alquran dan hadis sebagai dalil (naqlinya).

        Firman Allah Surah AsSajdah. Ayat 004 bermaksud,

        Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaanNya)?

        Dan Sebagai Manusia yang Mengaku Allah Tuhanku, nabi Muhamad nabiku,Islam Agamaku

        Firman Allah Surah Taahaa. Ayat 128 bermaksud
        Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: Berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran.

        Firman Allah Surah AsSajdah. Ayat 026 bermaksud
        Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): Bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?

        Sesungguhnya Islam itu bukan hanya mengucap dua kalimah syahadat dan sembahyang lima waktu. Allah juga mahu kita belajar,meneliti, mengkaji dan mengambil iktibar terhadapa apa yang berlaku terdahulu untuk di jadikan pengajaran. Diharap pembaca faham dengan penjelasan saya. Dan Bukanlah saya mentafsir AlQuraan ikut kepala sendiri. tapi kepala sendiri ini diberi akal oleh Allah untuk berfikir dan hendaklah segalanya dikembalikan ke jalan Allah. Amin

  4. Salam. Ini adalah persoalan peribadi saya (maaf jika salah tafsir) setelah membaca semua isi kandungan yang saudara-saudara catatkan di ruang ini yang dapat dipersoalkan seperti berikut:

    a. Bukankah ADA dengan TERANG, JELAS dan NYATA disebut di dalam Al Quran perkataan/jenis/sebutan – ‘manusia’, ‘jin’, ‘syaitan’ dan ‘haiwan’?

    b. Mengapa Al Quran mampu meletakkan perkataan/jenis/sebutan yang sesuai bagi – manusia, jin, syaitan dan haiwan TETAPI TIDAK pada spesis ‘makhluk langit’?

    c. Jadi, adakah Al Quran telah GAGAL mengklasifikasikan nama/sebutan/perkataan yang wajar untuk spesis ‘makhluk langit’ ini? Tentu TIDAK bukan….!!

    d. Maka……ATAU……mungkin TIDAK ADA makhluk asing/alien yang wujud melainkan dari jenis JIN atau SYAITAN?

    e. Jin dan syaitan dari jenis ghaib…..adakah mustahil untuk spesis ini menonjolkan diri pada mata kasar manusia? Bagaimana jin boleh kelihatan di zaman Nabi Sulaiman pula? Bagaimana pula HANTU????

    f. Mungkin ya…kesesuaian isu ‘makhluk asing’ ini adalah dengan mengkaji bukti-bukti dikeliling dunia tetapi adakah apa-apa bukti bersifat fizikal benar-benar tercatat di dalam Al Quran berkaitan ‘makhluk langit’ sebagaimana yang ada disebut bukti-bukti peninggalan tamadun yang pupus/rosak sebagai pengajaran?

    ###. 7 lapis langit….apa itu? jika saudara-saudara ada jawapannya, jelaskan pada saya……… tq.

    • Salam,

      Bismillah

      Firman Allah Surah AsSajdah. Ayat 026 bermaksud
      Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): Bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?

      Bukankah Allah telah berfirman segala-galanya ada didalam Al Quran..daripada mencipta kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati ( syurga dan neraka). Bukankah Allah mencipta manusia dengan sifat yang serba lengkap, melihat mendengar dana paling utama berfikir (akal fikiran) gunakanlah sebaik-baiknya. Adakah mustahil atau susah bagi Allah untuk mencipta semua itu?. Sudah tentu tidak mustahil bukan. didalam Al Quran tidak ada di sebut ular atau harimau atau lain-lain, tidak ada lalat ataupun semut merah tatapi disebut haiwan dan juga binatang yang melata. Apabila Al Quran menyebut Makhluk..adakah hanya berkisar kepada manusia sahaja? Jin, Syaitan?, Malaikat? Pertanyaan yang harus dikemukakan seharusnya mengapa hanya di negara barat dan (negara-negara kafir saja yang wujud, kelihatan atau munculnya fenomena-fenomena ini). Adakah ini kerana kelebihan mereka? ataupun kekurangan mereka? jawapannya ada didalam alquraan. Ini adalah “peringatan dari Allah” sebagaimana yang terjadi kepada bangsa-bangsa terdahulu. Mengapa?, kerana mereka ini telah menjadikan sains dan teknologi sebagai agama mereka. Sesuatu yang tidak dapat dibuktikan oleh sains tidak boleh diterima oleh mereka. Jika kita semua bersikap sedemikian kita nantikan sahaja peringatan Allah.. insyaallah pasti ada “peringatan” itu.Sesungguhnya Allah dan Nabinya amat sayakan umat Muhamad..justru itu kita diberi peringatan..wallahualam

  5. Zuridan Bin Muhammad Says:

    Salam,
    Pada pendapat saya, tiada makhluk selain malaikat, manusia, syaitan, jin dan haiwan telah diciptakan.

    Bayangkanlah jika wujudnya makhluk “alien”, adakah Allah S.W.T tidak mempedulikan mereka? Iaitu tidak memberitahu kepada mereka siapa pencipta mereka. Ini kerana Allah S.W.T hanya menurunkan para Rasul, para Nabi dan Kitab2 di dunia ini.

    Allah S.W.T menyayangi hamba2nya dan menurunkan wahyu dan petunjuk kepada makhluknya. Jika “alien” wujud, mereka tiada kitab dan nabi dan pasti mereka sesat. adakah itu adil? tidak bukan??

    Bagaimana hendak menjelaskan mengenai UFO? simple. Jin telah diciptakan 2000 tahun lebih awal sebelum penciptaan Nabi Adam. Jin juga mempunyai akal fikiran. Bermakna mereka juga mempunyai ahli cerdik pandai. Dalam masa 2000 tahun adakah tiada apa2 teknologi yang telah dibina oleh mereka? pasti ada!!!

    Kita di zaman 2012. Hanya 2000 tahun selepas masihi manusia telah mencipta berbagai teknologi. Kini manusia merentas benua dalam masa beberapa jam. Bagaimana pula jin? Kalendar jin adalah 4012!! tak mustahil piring terbang yang berkelajuan tinggi telah dibina!

    Seringkali kita dengar bahawa terdapat pertembungan antara “alien” dan manusia. Persoalan nya kenapa? Jawapan – untuk menyesatkan manusia. Itulah janji Jin kepada Allah S.W.T bukan?

    Kenapa kita perlu mendengar kata2 dari saintis barat? mereka mengikut logik akal sahaja. Bagi mereka semuanyer adalah sains. Mereka sibuk mencari planet kononya terdapat kehidupan selain bumi padahal di dunia ini hanya beberapa peratus sahaja yang telah diterokai.

  6. kalau lah kita tak boleh sampai planet lain ..
    takkan alien boleh sampai sini..
    manusia ciptaan allah yang paling bijak telah diciptakan..
    bukan alien..
    fikir fikirkan lah..

  7. ternyata mahkluk asing adalah jin dan sytan serta iblis dr kerjaan dajal kerna ada bukti menyatakan kerajaan dajal 7 kali lebih maju berbanding kemajuan kemodenan krjaan amerika. Dan jika kita kaji balik al quran tidak ada menyebut bukti adanya alien. Org barat segaja mengadakan bukti2 palsu utk menyesatkan kita d sebabkan mereka tidak mengakui al quran. Wallahhuhalam…

  8. Allah juga pernah berfirman.’manusia adalah sebaik baik kejadian’.so camna nak tafsirkan kewujudan alien?(maaf sekadar bertanya)

  9. Subhanallah… bukti dari Al-Qur’an sudah nyata mengapa kita masih ragu-ragu

  10. sayataktahu Says:

    cikgu saya cakap… kemungkinan UFO tu ada kerana setiap bintang beratus ratus ada planet yg kecil… jadi KEMUNGKINAN ADA UFO

  11. hujah punya panjang, tapi point da salah.. terang2 manusia dahulu hidup beratus2 tahun, mestilah mereka sudah dapat membina apa yang ada ketika ini. kita baru 2013, kalo ini pown bumi dah tua, bayangkan da berape lame sebenarnye bumi nie.. da berape generasi pula yang berjaya mencipa berbagai2 teknologi.. asalnye ilmu tentang memahami hukum alam, boleh mencipta ape2..fikir manusia dahulu powmn macam kita, bayangkan pula hidup beratus2 tahun.. jangan terlalu berimaginsasi. lagipown jin dan syaitan boleh merubah bentuk untuk mengelirukan manusia.. zaman Nabi Sulaiman mempunyai kerajaan yang lebih canggih dari sekarang.. cume akhirnye semuanya musnah akibat keingkaran kepada Allah, hanya umat Nabi Muhammad yang kekal disebabkan doa Nabi Muhammad SAW..

    • Salam,

      Bismillah,

      Alhamdulilah, saudara sendiri menyatakan bahawa zaman Nabi Sulaiman mempunyai kerajaan yang lebih canggih dari sekarang, begitu juga kerajaan Saba, Thamud..dimanakah kerajaan itu sekarang?? Kita lebih maju dari mereka?? mengapa Piramid tidak lagi dibina pada masa ini? Apa gunaya piramid? tidak ada gunanya? jika tidak ada gunanya mengapa di bina? Apa kaitanya dengan Planet Utarid, Zuhal dan zuhrah. Bagaimana dan mengapa lokasi ini di pilih. Adakah piramid-piramid lain, di kawasan lain dibina oleh bangsa lain juga sejajar planet-planet lain yang kita lihat dari bumi? (info: Pluto tidak lagi diktiraf sebagai planet) Siapa yang mengkajinya? jika ada pastilah bukan terdiri dari saya atau kita. berdasarkan kepada penelitian saya apabila manusia itu semakin maju..mereka semakin lupa..mereka semakin berpegang kepada sains dan lojik akal fikiran hingga mereka menukar agama dan pengangan Allah kepada Sains dan teknologi. Proses evolusi itu sentiasa berkembang, begitu juga sains. ini menyebabkan manusia menjadi obses terhadap sesuatu perkara. Didalam Al Quran Allah menjelaskan mengapa kaum-kaum ini dibinasakan. ianya adalah kerana mereka telah lalai dan menyekutukan Allah.Mengapa mereka demikian? kerana mereka tidak lagi percaya pada kuasa Allah dan mengubah pegangan kepada sains dan teknologi..Sedar atau tidak ini juga yang sedang berlaku pada masa ini. Berapa ramai yang bergantung kepada sains dan teknologi moden pada masa ini termasuk saya sendiri. Berapa ramai yang membuang dalil-dalil naqli dan begantung kepada dalil akli sahaja/ Berapa ramai yang kembali kepada Al Quran setiap hari berbanding membelek Notebook, IPad, TV dan Handphone.Ini namanya obses kepada sains dan teknologi sehinggakan mereka terlupa. Saya hanya sekadar mengingatkan bukan menyalahkan mana-mana pihak. So..selepas di beri peringatan berulang-ulang kali dan tetap ingkar, Allah turunkan “Azab”. Bukan sahaja Azab tetapi dibinasakan, di tengelamkan di terbalikan. Zaman Nabi Noh A.S. dahulu bumi di tengelamkan, Sejarah berulang dengan tengelamnya Atlantis. tidak kah kita mengambil ikhtibar atau hanya menjadi cerita fiksyen atau sejarah? Allah menjadikan semua itu dengan tujuan untuk dijadikan contoh juga peringatan kepada bangsa yang terkemudian dari mereka..iaitu kita semua.

      Al Qur’an adalah firman Allah yang di dalamnya terkandung banyak sekali sisi keajaiban yang membuktikan fakta ini. Salah satunya adalah fakta bahwa sejumlah kebenaran ilmiah yang hanya mampu kita ungkap dengan teknologi abad ke-20 ternyata telah dinyatakan Al Qur’an sekitar 1400 tahun lalu. Tetapi, Al Qur’an tentu saja bukanlah kitab ilmu pengetahuan. Namun, dalam sejumlah ayatnya terdapat banyak fakta ilmiah yang dinyatakan secara sangat akurat dan benar yang baru dapat ditemukan dengan teknologi abad ke-20. Fakta-fakta ini belum dapat diketahui oleh manusia di masa Al Qur’an diwahyukan, Sesungguhnya Al Quran itu kitab dari Allah pegangan kita yang sentiasa releven dan Islam itu Agama kita dan ini semakin membuktikan bahwa Al Qur’an adalah firman Allah.

      Wallahuahalam

    • Saya bersetuju dgn saudara.. benar,kaum yg terdahulu sblm kita sbnrnya lbih maju brbanding kita ttp dimusnahkn Allah krn kekufurn mereka.persoalannya,siapa yg memberi mereka ilmu? Allahlah sbnrnya yg memberi mereka ilmu sebagaimana Dia berikn kita ilmu smpai maju spt skrg. Kenapa kita merasa ada kuasa lain yg bole memberikn semua itu kpd kaum sblm ini? pndpt pengkaji barat x seharusnya kita ambil 100% kerana mereka x percaya kpd Allah.

      • Salam, Saudari sebagai manusia yang diberi akal gunakanlah akal untuk berfikir. Sememangnya mudah untuk kita Jump to conclusion “Semunya dari Allah”. Betul Saya faham, segalanya dari Allah, takkan begitu sahaja Jika Saya bertanya dari mana saudari memperolehi makanan, tak kan kita kata Allah memberi kita makan secara langsung, ya saya faham rezeki itu dari Allah untuk umatnya, tetapi kita mencari makanan dengan berusaha, sesama makhluk, juga dengan pertolongan makhluk Allah yang lain, begitu juga apabila kita menjadi manusia yang berilmu, adakah kita lahir sahaja tiba-tiba menjadi pandai tanpa berguru. Allah memberi kita Ilmu melalui sesama makhluk, juga melalui makhluk yang lain. Adakah kita lupa peristiwa Habil dan Qabil, bagaimana Qabil membunuh dan mengkebumikan adiknya Habil, Adakah Allah mengilhamkan terus kepada Qabil bagaimana mengkebumikan adiknya? atau Allah menghantar seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah, Jadi Adakah perkara yang mustahil manusia zaman dahulu belajar dan memperolehi ilmu dari makhluk yang lain?

        Firman Allah Surah AsSajdah. Ayat 026 bermaksud
        Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): Bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?

        Kita selalu berulang alik, maksud kita disini saya dan anda semua berulang alik di tempat tinggal kaum-kaum itu, tapi apa yang kita belajar? apa yang kita perolehi? Saya amat pasti sekali, apabila manusia semakin maju, segalanya berubah dan bergantung sepenuhnya pada sains dan teknologi di ketepikan. Tiada lagi percaya kepada perkara-perkara ghaib seperti didalam alquran, dan agama diketepikan. Inilah yang sedang berlaku sekarang, Allah turunkan peringatan, tetapi kita lupa….wasalam

  12. Ye ker ,bang!

  13. gud job..
    please cek more story bout nazi, rocket, nuclear, time machine, etc.
    but too much tafsiran…
    kbyakan ayat2 quran adalah ayat yg common sense.ayat yg terlalu besar tafsiran nya..dan alien tidak ada kena mengena ngan jin, saitan or kafir..just stay focus bout the alien..
    tq

  14. mercunius Says:

    Assalammualaikum,

    Bolehkah saya memberi pendapat disini, jikalau saudara percaya bahawa wujudnya makhluk lain iaitu Alien, adakah mereka juga mempunyai nafsu dan akal seperti manusia dan jin…? Al-Quran menjelaskan semua yang perlu kita ketahui..betulkan?

    saudara rujuklah ke surah Al-Mulk :(5)

    ayat Al-Quran tersebut merujuk yang bintang-bintang(planet-planet) merupakan tempat rejaman syaitan syaitan…

    terdapat juga ayat di dalam Al-Quran dimana

    neraka bahan bakarnya itu terdiri dari jin dan manusia

    Selain itu binatang melata diatas muka bumi ini, juga dimaksukan sebagai binatang binatang liar, bukankah harimau, singa, ular itu ganas, sangat liar dan tidak berbelas kasihan..tetapi mereka tetap takut akan Allah, manusia yang dikatakan zalim pula tidak percaya bahawa Allah itu wujud..

    Saya berpendapat bahawa jinlah makhluk yang menyerupa menjadi makhluk pelik,bukannya makhluk lain disebabkan Jin boleh merupa, dan ia juga hidup lebih lama dari manusia..

    Jin mampu menembusi langit, sehinggalah ketika ayat Al-Quran diturunkan, Allah memerintahkan Malaikat menjaga di setiap pelusuk langit, bagi memelihara isi-isi Al-Quran, bukankah ini bermaksud jin juga mampu tinggal di langit? dan bermaksud penghuni langit itu terdiri dari kaum jin…

    Saya cadangkan saudara meluaskan skop saudara ke pengajian jin, bagi mengukuhkan fakta ini, saya tidak sepenuhnya menolak pendapat saudara cuma mahu saudara berfikir secara logik akal yang boleh diterima dan bukannya menimbulkan spekulasi yang tak tercapai dek akal, sebab nafsu boleh membutakan kita..

    Apa yang penting, hanya Allah yang tahu dan terima kasih atas pengongsian ilmu ini, yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri

    sekian, terima kasih

  15. bagus kajian tuan hamba,tapi jangan terpesong akidah….pada waktu ini hanya alquran dan agama islam, nabi muhammad sahaja diterima allah swt…untuk masuk syurga.. jadi makluk asing kalau wujud kenalah masuk islam belajar kat mana2 pondok, yang terbaik sekolah pondok di kelantan.. tapi sepandai pandai makluk asing buat piring terbang..tak ada satu pun makluk asing datang belajar..munkin lah dia buat piring terbang untuk m erempit kot…tak tahulah…

  16. dapat pimjam kapal serta senjata canggih makluk asing untuk serang yahudi lagi bagus.

  17. ura mutu blas,,,tukang mimpi ini pemilik blog,,,tak ada kata2 alquran menyebut makluk asing sama sekali di luar bumi…kasian km di penuhi pikiran bohong yang tak bertepi,,,yg mau saya katakan ” ALIEN ITU TIDAK ADA” ….im sure…sangat yakin,,,okay,,,

  18. Cuba kalian angkat jari dan arahkan kelangit sampai manakah ia akan berhenti .. Tidak tau= kesimpulanya alam semesta ini sangat luas jadi jangan sombong .diluar sana pasti masih banyak lagi makluk Allah.

  19. bole kita riwayat tapi jgn jadi kan akidah…
    terbaik penerang blog ni

  20. irfa humaira Says:

    entry yg menarik..actually,i was assigned to conduct a study on de existence of ufo n alien nih. sy sbnarnya xbpe pcaye bout existence of makhluk Allah neh.. but as read along ur entry with some proof of Al-Quran n Hadis, n refers to other website, i could not deny the proof that this creatures may really exist. hope so. so sy mminta izin utk mcedok sdikit mklumat dri entry saudari utk sy muatkn dlm kajian sy.. tq :)

  21. affariz Says:

    mungkin binatang2 pelik yg wujud di bumi ni…yang dijumpai

  22. Mungkin alien tu wujud.. tapi buat apa kita pelik dengan perkara tu,semua tu mudah bagi ALLAH.Alam semesta ni yang begitu kompleks ALLAH boleh cipta,Kun Faya Kun.

  23. Saya setuju dengan pendapat kau .saudaraku..

  24. hafiz yusri Says:

    terima kasih saudara, walaupun misteri itu hanya Allah sahaja tahu, tapi tak salah kita semua mengkaji dengan mendalam apabila kemusykilan. tahniah saudara atas usaha saudara, yang penting ingat, kita masih tak tahu kebenarannya.

  25. “Hai jama‘ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.” (QS. Ar-Rahman: 33

    http://www.syariahonline.com/v2/aqidah/2593-keberadaan-alien-dalam-islam.html

  26. naziha anuar Says:

    Saya suka penelitian yg dibuat. Kita bukan sahaja mendengar pandangan malah turut mengikut untuk mengkaji lebih dalam namun masih bertiangkan ajaran allah yg maha mengetahui.

  27. Tentang keterangan gambar. tempat dan lokasi itu ada atifact na ya… dimana gambar artifact itu bisa di akses atau pun ada di buku mana ?

  28. Amin….teruskan..

  29. Alhamdulillah..Allah telah mganugerahkan ilmu kpd anda mgkaji perkara2 sebegini..untk pngetahuan,semasa kecil sy sndiri prnah mlihat objek tersebut dhdpan mata sy..sy mnceritakan kepada rkn2 yg dpercyai shj..kerana ms usia dlm 8 tahun tidak tau apa itu ufo kerna tiada tv di rumah ms tu..bila mningkat kedewasaan bru sy trdedah dgn prkara2 sbgni..shgga kini sy msh mcri pnemuan prkara trsebut.ustaz ismail kamus ada mnyatakan bhw ilmu teknologi jin lebih kehapan brbnding mnusia..bgtu jg dgn sejarah pemerintahan nb sulaiman..mgkin saudara sedia tahu..pembinaan istana balqis…brdsarkan jwpan yg dikupas saudra alien bukan dr makhluk jin atau manusia..brdasarkan pngetahuan sy yg terdpat dlm alquran bhn bkar api neraka trdiri drpd jin dan mnusia..yg mnunjukkan jin dan mnusia yg melakukan dosa2 akan dimasukkan ke neraka..persoalan dr sy yg lemah ini brdasarkan kajian saudara makluk alien ini jg ada yg ingkar akan Allah..adakah mahkluk alien ini jg masuk ke neraka..hrap ada pncerahan drpd saudara.trm ksh.

    • Sebaiknya kita lbih meyakini al-qur’an.ada sebb kenapa Al-quran hanya menyebut jin dn manusia shj.alkah lbih tahu ttg ciptaannya.alien satu bnda yg kita blum pasti kewujudnnya.kemungkinn yg kita sebut sbg alien itu adalh jin sbnrnya.wallahua’lam…

      • Salam, Saudari Noor, saya berharap anda faham mengapa kajian ini saya kemukakan. Bertujuan untuk mengembangkan ilmu kita agar kita kita mengkaji segala yang ada di sekeliling kita. Bukankah ini juga salah satu cabang ilmu. Jika saudari Katakan bahawa alien itu terdiri dari jin, saya amat berharap sangat sauderi berikan hujah dan penjelasan saudari. Bukan saya bermaksud offense, tatapi kita sama-sama belajar..

      • saya setuju dengan noor alien itu dikalangan jin..mayaruzz sepatutunya anda yang berikan hujah jika alien itu bukan kalangan jin. itu yang ingin saya tahu..sbb pada sy jin itu juga “alien”

  30. assalamualaikum..
    terima kasih ats kupasan yg menarik mengenai alien..
    wallah uhalam..

  31. Alien nation in islam Says:

    Haaaa…padan muka hang ahmar…islam & Al-Quran is universal…so jangan sibuk dok kejar akhirat kalau yg ilmu dunia pun hang x abis ngaji lgi…Kna seiring bro…wasallam

  32. Alien nation in islam Says:

    Saya suka cara awak membuat kajian tentang alien dari perspektif al- quran. Umat islam yg ingin berjaya ialah yg berkeinginan utk mengkaji dan menganalisa berlandaskanal-quran serta mendapat pandangan dari teman-teman. Bukannya beri komen yg tidak menjana minda….

  33. Faizal Ahmad Says:

    Assalam kwn2.. Saudara ahmar, kurangkn sifat fikiran negatif anda… Baca btol2 apa yg saudara kita ni ckpkn di awal karangan.

  34. Radinka Juangga Says:

    boat bang admin saya salut n saya percaya khidupan dluar bumi itu ada.Allah mnciptakan alam smesta ini bgitu luasnya,shingga mubadzir klo kita saja yg mnempatinya,pdhal Allah mlarang sifat mubadzir.
    huAllahu iku Allah
    a’lamu iku dzat kang nguasani jagad.
    (huAllah hua’lam)

  35. adilahhusna Says:

    seronok baca. terima kasih atas ilmu yang dikongsikan :)

  36. Harap dibetulkan. Penggunaan perkataan juzuk di atas adalah salah,ia adalah merujuk kpd nombor surah bukan nombor juzuk.contoh ‘juzuk 2 ayat 2′.sepatutnya ‘surah 2 ayat 2′..

  37. Alien atau makhluk asing itu daripada kalangan JIN cukup terang lagi nyata..


    • Adakah Makhluk Asing (Alien) itu Jin dan Jin itu Makhluk Asing (Alien)?

      Salam, saya sedang berusaha untuk membuat kajian detail berkenaan Jin dan dunia Jin dan apakah ada kaitannya dengan makhluk asing. Namun bagi menjawab persoalan ini berikut adalah hujah-hujah berdasarkan penelitian dan kajian saya. Saya amat berbesar hati jika saudara dan saudari di luar sana dapat membantu dengan menambah penyelidikan kita ini..

      Insya Allah saya akan cuba mengemaskinikan dari masa ke semasa

      1.0 Jasad

      Jasad, bentuk dan fizikal asal Jin tidak boleh di lihat oleh mata kasar KECUALI mereka menjelma dalam bentuk tertentu. Bentuk-bentuk yang dinayatakan adalah seperti manusia, Anjing, Ular dan Jengking. Bentuk-bentuk jelmaan ini pula ada ciri-ciri tertentu seperti berwarna hitam, berjalur putih, tidak berekor dan sebagainya.

      Daripada Ibnu Umar Ra, bahawasanya ia mendengar Rasullah SAW berkhutbah dimimbar masjid dan bersabda yang maksudnya;

      “Bunuhlah ular. Bunuhlah Dzu At-Thafiyatan dan Al-Abtar, kerana kedua-dua binatang itu menyembur mata dan mengugurkan kandungan”.
      (Hadis Riwayat Bukahri Muslim).

      Ulama mentafsirkan bahawa yang dikatakan ular jenis Dzu At-Thafiyatan itu adalah ular yang mempunyai garisan putih dibelakang kepalanya. Manakala Al-Abtar pula ialah ular yang tidak mempunyai ekor. Jika disini, masyarakat mudah melihat ular tedong selar dan ular senduk yang mempunyai garis dibelakang kepalanya (juga dikenali sebagai ular senduk,tedung, tadang, cobra, king cobra). Juga ular yang tak berekor dipanggil ular kontot. Memanglah kedua-dua jenis ular ini mempunyai bisa yang tersangat kuat yang boleh menyebabkan kematian dengan cepat, apabila ibu yang sedang mengandung dipatuk oleh ular-ular jenis ini maka akan keguguran kandungannya akibat menahan bisa yang tersangat kuat itu.

      Daripada Jabir Nafir, dari Abi Sa’labah Al-Kuntsa ra bahawa bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya;, Jin terbahagi kepada tiga kelompok,
      Pertama adalah Jin yang mempunyai sayap yang boleh terbang ke udara,
      Kedua adalah Jin yang berupa anjing, ular dan jengking,
      Ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk dirinya”.

      Daripada Abi Sa’labah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya;
      “Jin itu ada tiga kumpulan: Kumpulan (jin) yang mempunyai sayap dan mereka berterbangan di udara, kumpulan (dalam rupa) ular dan anjing dan kumpulan yang menetap dan berpindah (tidak tetap tempatnya),”.
      (Hadis Riwayat At-Thobrani, al-Hakim dan Al-Baihaqi dengan sanad yang sohih)

      Daripada Sayidah Syafiyyah binti Huyay , Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya;
      Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya .

      Syaitan jin termasuk makhluk ghaib / halus yang dapat menyelinap ke segala tempat dalam keadaan bagaimanapun. Dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia mengikuti aliran darah sehingga ia dapat berleluasa menggoda dan menyebarkan kerosakan kepada manusia sebagaimana maksud hadis di atas.

      Daripada Ibnu Abbas R.A Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; “Tidaklah Rasulullah S.A.W membaca (Al-Quran) ke atas Jin dan tidak pula melihat mereka. Akan tetapi adalah baginda membacanya di dalam solatnya dan mereka (Jin) berada di sisinya dan mendengar bacaan baginda. Maka Allah telah memberitahu Nabi akan perihal Jin mendengar (bacaan Al-Quran itu)”.
      (Hadis Riwayat Bukahri Muslim).

      (Tafsir Hadaiqul Ruh Wal Raihan Fi Rowabi ‘Ulumil Quran:J.27/95)

      Firman Allah Surah Al A’raf ayat 27 bermaksud
      Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya ‘auratnya. Sesungguhnya ia (iblis/syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan0syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.

      Maksud ayat ini sangat jelas menunjukkan bahwa manusia tidak dapat melihat jin, iaitu pada bentuk fizikalnya yang asli. Namun boleh melihat penjelmaan jin, perkara ini telah terjadi ketika menjelaskan faedah-faedah dari hadis Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu yang menangkap setan, Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan: Bahwa syaitan terkadang menjelma dengan berbagai bentuk sehingga memungkinkan (manusia) melihatnya. Dan firman Allah Ta’ala “Sesungguhnya ia (iblis dan syaitan) dan pengikut-pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak melihat mereka (al A’raf ayat 27)”, dalam bentuk yang asli yang Allah telah ciptakan.
      (Fathul Bari, penjelasan hadits no. 2311).

      2.0 Tempat Tinggal Jin

      Tempat tinggal jin yang dinyatakan didalam Al quran secara umumnya adalah di bumi. Ini kerana kebanyakan golongan Jin ini telah berjanji kerja mereka adalah untuk menyesatkan manusia.
      Seperti yang di nyatakan didalam Al Quran dan hadis kebanyakan mereka tinggal di tempat-tempat yang sunyi, tidak sejuk dan tidak panas, didalam rumah, di tempat-tempat kotor, didalam lubang-lubang.

      Jika mereka tinggal di bumi perlukah mereka kepada kenderaan dan pengangkutan yang canggih?

      Firman Allah Surah Ar-Rahman ayat 33 bermaksud
      Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

      Firman Allah Surah Sad ayat 33 bermaksud
      Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).

      Firman Allah Surah An-Naml ayat 17
      Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

      Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.

      Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda;Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa Ya Allah srsungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan.
      (Hadis Riwayat Abu Dawud)

      Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: Janganlah kamu kencing dilubang.
      (Hadis Riwayat An-Nas)

      3.0 Cara Jin pergerakkannya

      Cara golongan Jin bergerak ada berbagai cara namun tidak dalam menggunakan sesuatu peralatan yang boleh di panggil kenderaan atau pengangkutan. Ada diantara mereka bergerak sepantas kilat cahaya, ada yang mempunyai sayap dan terbang, ada yang menunggang kuda dan ada yang berjalan kaki. Tidak ada satu surah atau nas yang menyatakan mereka bergerak diatas atau menggunakan “ kenderaan” tertentu.

      Firman Allah Surah An-Naml ayat 29 bermaksud
      Ifrit dari golongan jin berkata ,” Akulah yang akan membawanya kepadamu sebelum engkau berdir dari tempat dudukmu; dan sungguh aku kuat melakukannya dan dapat dipercaya.

      Firman Allah Surah Al Israa ayat 64 bermaksud
      Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut – campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

      Dakwaan Palsu berkenaan Jin

      1. Dakwaan sebahagian orang kafir : Adalah yang dimaksudkan dengan jin itu adalah roh bintang-bintang (di cakerawala).

      2. Dakwaan sebahagian daripada ahli-ahli falsafah : Adalah yang dimaksudkan dengan jin itu adalah unsur-unsur jahat dalam diri manusia, sebagaimana yang dimaksudkan dengan malaikat ialah unsur-unsur baik dalam diri manusia.

      3. Dakwaan sebahagian daripada orang-orang moden : Adalah jin itu jisim dan mikrorganisma yang terlindung dalam alam moden.

      Sumber Alamul Jin Was Syayathin:13

      Bagi menolak dakwaan-dakwaan palsu ini :

      Firman Allah surah Al-Ahqaaf ayat 29 bermaksud :
      Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan sekumpulan jin kepadamu (Muhammad) yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (Al-Quran) lalu mereka berkata: “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).” Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.

      Dan ketahuilah, sesungguhnya jin merupakan sebahagian daripada roh; roh itu ada tiga jenis : Yang baik iaitu malaikat, yang jahat iaitu syaitan dan ditengah-tengah mereka (malaikat dan syaitan) iaitu jin.

      Firman Allah Taala surah Al-Jin ayat 1 bermaksud:
      Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadamu bahawasanya: Telah mendengar sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Quran yang menakjubkan.

      Daripada Ibnu Abbas R.A Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; “Tidaklah Rasulullah S.A.W membaca (Al-Quran) ke atas Jin dan tidak pula melihat mereka. Akan tetapi adalah baginda membacanya di dalam solatnya dan mereka (Jin) berada di sisinya dan mendengar bacaan baginda. Maka Allah telah memberitahu Nabi akan perihal Jin mendengar (bacaan Al-Quran itu)”. (Hadis Riwayat Bukahri Muslim).
      (Tafsir Hadaiqul Ruh Wal Raihan Fi Rowabi ‘Ulumil Quran:J.27/95)

      Jazaakumullaahu khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza
      “Semoga Allah SWT akan membalas kamu Semua dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.

      wallahu a’lam bish-shawab

  38. kenapa makhluk langit di panggil alien dan manusia di panggil bumi? diorg pun ade planet sendiri, nape panggil diaorg makhluk langit.. ko dh slh tafsir ni.. makhluk langit ialah makhluk syurga yg berada di kerajaan Allah . alien tu omputih yg buat supaya jin or makhluk yg x dpt tgk di material kan sbb diaorg kena ade bukti n logic.. yg pyramid tu, cube baca cite nabi2 and rasul2 ttg perkembangan teknologi zaman dia org, manusia yg bina.. crops2 tu bukan ke manusia sendiri yg buat, dh kantoi dh..

    • macam ni saja lah..kenapa di bumi di panggil mannusia? mengapa jin di panggil Jin sedangkan makhluk-makhluk ini ada beribu-ribu jenis dan bangsa. Ini adalah kerana Makhluk asing adalah panggilan umum kepada satu bangsa lain yang kita belum kenali. Berbalik kepada makhluk langit adalah makhluk syurga.. adakah makhluk langit terdiri dari makhluk syurga sahaja?..bagaimana dengan makhluk neraka..tiada Makhluk allah kah di neraka? Cuba kita tukarkan istilah makhluk langit itu kepada makhluk syurga didalam surah-surah yang terdapat didalam al Quran..adakah ia menepati maksud ayat berkenaan..

      Berkenaan Crops Circle pula tidak di nafikan ada diantara Crops Circle itu di buat oleh manusia..namun adakah kesemuanya..keseluruhannya?

      saya ingin mencadangkan saudara membaca dari awal artikel saya ini jika ingin mendalami sesuatu..mempelajari sesuatu..mengkaji sesuatu buat dari peringkat awal..dan bukannya terus menghukum.

      “Semoga Allah SWT akan membalas kamu Semua dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”…Amin

      Wallahu a’lam bish-shawab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: