Kita Bermula Disini

Dari surah Al-Imran, ayat 7 Allah berfirman,

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

 Satu masa dahulu semasa berada di zaman persekolahan, ramai yang tertarik dan sangat meminati episod demi episosd warkah tulisan Tamar Jalis siri bercakap dengan jin. Kompalisi penulis ini di beli dan di baca berulang-ulang kali kerana cara penulisannya yang berjaya membawa pembaca mendekati alam jin dengan cara tersendiri.

 Apabila dewasa dan zaman berubah, ilmu pengetahuan boleh dicapai dengan mudah saya tertarik dengan kemunculan kes-kes makhluk asing dan juga UFO. Setelah sekian lama mengikuti perkembangan terhadap perkara ini, saya menyedari bahawa perkara ini hanya diperbincangkan dengan mendalam oleh orang-orang bukan muslim. Adakah ini merupakan idea-idea bukan muslim untuk mempengaruhi dan melemahkan iman para muslimin atau adakah perkara ini sebenar-benarnya berlaku lantaran impian manusia ingin menguasi ruang angkasa lepas.

 Hari demi hari semakin banyak dalil-dalil aqli (hukum akal) yang muncul dari segenap penjuru dunia, namun masih lagi tiada saintis, pengkaji dan penyelidik yang cuba memperolehi jawapan dari sudut pandangan islam. Kadang kala kekhuatiran muncul disebabkan sesetengah kajian dan penemuan mereka diselang selikan dengan pandangan agama mereka sendiri yang boleh menjejaskan akidah dan pegangan orang islam. Oleh itu timbul minat yang mendalam untuk cuba-cuba mencari jawapannya dari sudut pandangan dan ilmu islam.

Persoalan-persoalan berkenaan kewujudan makhluk asing dan UFO ini masih lagi menimbulkan kesangsian iaitu samaada belum terjawab ataupun telah terjawab.. Jika sudah terjawab mengapakah terlalu amat sedikit maklumat yang disalurkan kepada pihak umum. Mengapakah ini berlaku? Mengapakah benda-benda pelik ini begitu banyak muncul hanya muncul dinegara-negara barat dan Negara-negara bukan islam. Atau adakah kerana teknologi barat lebih maju menyebabkan mudah untuk mengesan kehadiran mereka. Benarkah begitu?

 Apabila bertemu para ustaz dan ilmuan islam, tajuk perbincangan ini diubah kepada kewujudan makhluk dan benda-benda dan perkara ghaib yang dinyatakan didalam Al Quran. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pengetahuan dan gambaran yang jelas tentang makhluk ghaib ini dan hukum sebagai orang islam untuk mempercayainya. Alhamdulilah para ustaz dan ilmuan islam dapat memberi gambaran sepertimana yang terdapat didalam Al Quran dan hadis, dan wajib bagi orang-orang beriman untuk mempercayai perkara-perkara seperti ini .

 Firman Allah surah Al Baqarah ayat 2 hingga 3,

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

 Pokok persoalan kembali lagi. Adakah perkara berkenaan makhluk asing atau Alien dan UFO ini ada didalam al Quran. Jawapannya masih sama iaitu tiada. Kalau adapun dinyatakan dalam samar-samar.

Pernyataan  “kalau adapun dinyatakan dalam samar-samar“ ini yang menarik perhatian saya. Kalau Ada..maksudnya “mungkin ada”. Didalam kaedah penyelidikan yang saya pelajari di sebuah university di utara semenanjung disinilah bermulanya Hipotesis A dan juga B.

 Untuk memuaskan hati, perkataan “ADA” itu saya masukan didalam hipotesis B bagi membolehkan penyelidikan ini saya lakukan.Inilah jawapan kepada persoalan didalam Disclamier saya “ Dimanakah harus kita bermula?”

All verse in the Quran quoted from

The Complete Interpretation of the Meaning of
The Noble Quran In the Arabic-English Language
A Summarized Version of At-Tabari, Al-Qurtubi and Ibn Kathir
with comments from Sahih Al-Bukhari
By
Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali, Ph.D.
Dr. Muhammad Muhsin Khan

International Islamic University Malaysia
Copyrights Notice: Totally Free Distribution for Dakwah purpose. Use it – Spread it, May Allah SWT blessed us all.

Powered by

Back to Disclaimer

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: