Keunikan dan Ciri-Ciri Crop Circles

Rekabentuk

The early formations were simple circle’s, then circle’s with satellites. In later years more and more sophisticated and precisely-drawn geometric figures appeared. – Jacques Vallee

Sesuatu yang unik yang terdapat pada crop circle yang ditemukan pada hari ini adalah rekaan bentuknya. Pada awal tahun 1970an ramai yang menjangkakan bahawa selain dari diperbuat oleh manusia, crop circles terbentuk kesan daripada tempat pendaratan kapal angkasa makhluk asing. Namun begitu pendapat tersebut tidak dapat diterima pakai lagi pada zaman ini memandangkan bentuk-bentuknya pada masa ini  melibatkan kawasan yang sangat luas.

“Tiba-tiba, saya mendengar bunyi bising. kelihatan seolah-olah sesuatu merebahkan pokok-pokok gandum. Suasana pada malam itu kelihatan tenang sahaja. Saya memandang sekeliling. Bulan baru sahaja muncul, bersinar terang. Di hadapan mata saya dapat melihat cetakan besar telah terbentuk. Pokok-pokok gandum rebah mengikut arah jam. “Bon-Bryce dan Arthur Shuttlewood,  Warminister UK, 12 ogos 1972, saksi pertama zaman moden moden yang melihat pembentukan Crop circles.

Kejadian yang berlaku di selatan England ini, telah membahawa kepada era baru kajian terhadap crop circles. Dalam tempoh dua dekat lebih 10,000 formasi telah berkembang  dengan rekabentuk yang semakin besar dan mengandungi fractal matematik yang kompleks. Kini bentuk-bentuk yang semakin kompleks ini semakin banyak di temui di pelbagai negara di seluruh dunia seperti Kanada, Amerika Syarikat, Argentina, China, Korea, Indonesia, Itali, Jerman dan lain-lain.

Pada awal tahun 1970an ini para saintis dan pengkaji menuding jari kepada pemalsu (prankster) yang menggunakan kayu dan tali sebagai individu yang terlibat dalam mencipta rekaan-rekaan crop circles. Ketika ini banyak teori dikemukan termasuklah penggunaan belon udara namun masih tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Pada awal tahun 1970an ini, bentuk-bentuk crop circles adalah amat mudah dan ringkas, mengandungi satu atau beberapa bulatan, kemudiannya ditambah beberapa gelang (ring)  dan beberapa variasi bentuk yang dikatakan hampir sama yang terdapat pada Salib celtic (celtic cross).Ciri- cirri ini ditambah dengan beberapa garis lurus dan mula berbentuk pictogram. Bentuk dan ciri-ciri ini wujud hingga pertengahan tahun 1980an.

Pada tahun 1980 fenomena ini menarik lebih ramai pemerhati apabila wujud dua buah crop circle’s berkedudukan bersemetri antara satu sama lain. Fenomena ini secara langsung telah mengenepikan teori pusaran angin. Tanda-tanda kepintaran mula wujud apabila satu bulatan seluas 52 kaki diapit oleh dua bulatan yang lebih kecil betul-betul setengah saiz bulatan yang besar, terletak sejajar dengan sempurna di utara dan selatan bulatan besar.

Pada masa ini, berpuluh-puluh pembentukan single, double dan triple semakin banyak ditemui dan  didokumentasikan. Kesemua Crop Circles yang diketogerikan sebagai yang asli dikenalpasti mempunyai bentuk putaran yang sempurna tanpa mencederakan, melukakan atau mematahkan tumbuh-tumbuhan berkenaan.

Kemudian pada tahun 1983 reka bentuk quintuplet yang pertama pula muncul. Satu  bulatan besar yan dikelilingi oleh empat bulatan kecil  tepat sejajar dengan empat mata kardinal. Empat bulatan kecil berputar mengikut arah jam, putaran pada bulatan yang terbesar  melawan arah jam. Para Saintis dan pengkaji mula berpendapat berkemungkinan terdapat mesej yang ingin di sampaikan melalui rekabentuk crop circles ini.

Pada tahun 1988 beratus-ratus crop circle’s telah didokumentasikan dan dikaji. Pada masa ini telah mula wujud formasi-formasi yang jelas yang menjurus kepada kepelbagaian maksud atau mesej. Para penyelidik mula menemui tinggalan-tinggalan asing pada formasi-formasi berkenaan. Pada masa ini juga kemunculan garisan halus yang menghubungkan bulatan kecil juga telah kelihatan, dan sesetengah garisan yang dibentuk terlalu kecil untuk dilalui oleh kanak-kanak.

Dalam satu rakaman didalam satu formasi crop circles, pihak BBC telah Berjaya merakamkan satu bunyi halus seperti nyanyian cengkerik (cricket), yang telah didengar beberapa kali dalam formasi lain sebelum ini. Hasil ujian yang dijalankan oleh NASA’s Jet Propulsion Laboratory bunyi tersebut mempunyai ukuran 100bpm pada frekunsi 5.2Khz dan tidak terdapat pada seranga atau alam semulajadi di mukabumi ini.

Dalam satu kejadian yang lain pula di  Corhampton, tiga bulatan tunggal diletakkan secara matematik di dalam kawasan yang sama sisi, menjadikan pembentukan crop circles yang pertama dikesan menghasilkan nisbah muzik diatonic.

Kemudian pada 12 Ogos 1989, statu formasi swastika  terbentuk di Winterbourn, Stoke. Formasi ini telah menjadi lonjakan kuantum dalam bahasa crop circle’s. Ini kerana didalam formasi ini terdapat satu bulatan mengandungi empat quadratures, dan betul-betul sejajar dengan titik kompas magnet. Para saintis dan pengkaji mendapati bahawa rekaan crop circle’s yang muncul adalah berdasarkan perkiraan metamatik yang tertentu, yang tepat, saling berkaitan yang mempunyai maksud atau pengertian yang tertentu yang menunggu untuk difahami dan ditafsirkan oleh manusia.

Selepas tahun 1990 rekabentuk crop circle’s telah berkembang  secara eksponen dan semakin komplek. Pada tahun 1995 crop circle’s yang berkait rapat dengan hukum Euclidean Geometry telah di temui, Menurut angkasawan Gerald S. Hawkins, yang juga bekas pengerusi Jabatan Astronomi Universiti Boaston “the crop-circle makers . . . showed knowledge of this fifth theorem” . Menurut Freddy Silva’s didalam bukunya, Secrets In The Fields.©1998 crop circle’s mula menunjuk bentuk atau lambang-lambang suci terutamanya lambang-lambang agama Islam seperti bulan dan bintang.

Menurut Freddy silva “As stated in Islam, and echoed in all Abrahamic and Hindu religions, sacred geometry provides the means to see the vestiges of God and Its multiplicity in the universal order of things. Remarkably, the Arabic religion still contains at its core one of the last unadulterated vestiges of primordial truth. Its mosques and art forms, as well as its latter-day architecture still incorporate many of the keys to the structure of the cosmos, symbols of the archetypal world as a creation of God.

 Indeed, intellectual Islam is to be commended for the way in which it has preserved a mathematical philosophy “akin to the Pythagorean- Platonic tradition of antiquity but in a totally sacred universe free of the nationalism and rationalism which finally stifled and destroyed the esoteric traditions of Greek intellectuality.” Therefore it is not by accident that we see in Islamic art the very symbols which reflect the heart of matter.

 As the last of the universal revelations – or religions – it is important to note that Islam has served as the curator of sacred geometry rather than its originator. It’s not certain where the terrestrial origins of this knowledge stems from but its forms are evident throughout the yantras and mandalas of Hindu, Tibetan and Buddhist art, Celtic carvings and book adornment, even in native North American sand paintings”.

Crop circle yang ditemukan pada tahun-tahun 1990an kesemuanya didapati mempunyai ciri-ciri, kepintaran matematik, maksud geometri, logik geometri, dan geometrical symmetry yang tersendiri. Bentuk-bentuk ini mempunyai  maksud geometri (Geometry Expressions) seperti “Mandelbrot set of fractal geometry”, Reflection symmetry, Rotational symmetry, Translational symmetry, Glide reflection symmetry, Rotoreflection symmetry dan Helical symmetry.

Bentuk- bentuk symmetry in boleh di lihat pada symbol-simbol agama seperti Islam, Kristian, Hindu, Taoism, Buddha dan sebagainya. Bentuk-bentuk ini juga dapat di lihat pada architecture pottery and metal vessels muzik dan lain-lain Merujuk  Wikipedia,  Geometry Expression bermaksud Sistem Simbolik Geometri Interaktif, iaitu lakaran angka-angka yang boleh ditakrifkan oleh sama ada oleh pengunaan simbol atau lokasi angka. Pengiraan boleh dibuat dari kekangan ini dan dibentangkan secara berangka sebagai ungkapan matematik. Ungkapan atau perkiraan matematik ini biasanya boleh dilihat didalam perkiraan kerja-kerja pembinaan oleh arkitek dan juga digunakan didalam sistem pengaturcaraan komputer (sistem algebra komputer ataupun CAS).

800px A Julia set, a fractal related to the Mandelbrot set

 photo courtesy Wikipedia

Sesetengah bentuk crop circle ini dapat dilihat dalam bentuk 2D, 3D dan 4D tanpa memerlukan sebarang peralatan khas. Kesemua rekaan ini amat sukar untuk dibentuk disatu kawasan tanaman atau ladang yang luas, tanpa mempunyai kemahiran yang tinggi dan peralatan yang lengkap.

Apakah dia 1D, 2D, 3D  ?

dan 4D ?

2D Hackpen Hill Wiltshire 27 Jul 2003
3D Cley Hill,  Wiltshire 9 Jul 2010
3D West Kennett Longbarrow Wiltshire 28 Jun 2007
4D Fosbury nr Vernham Dean Wiltshire 17 Julai 2010

photo courtesy Lucy Pringle’s

Sesuatu yang unik yang terdapat pada crop circle yang ditemukan pada hari ini adalah bentuknya. Crop circle yang ditemukan kesemuanya mempunyai ciri-ciri geometri yang tersendiri dan unik. Terdapat beberapa bentuk crop circle’s yang mempunyai ciri-ciri yang seakan sama contohnya seperti yang terdapat di 3 armed Triple Julia Set Hochfelden, Zurich Switzerland 8 Julai 2010 dengan Windmill Hill, berdekatan  Avebury, Wiltshire  29 Julai 1996 tetapi tidak terdapat crop circle’s yang di bentuk dua kali atau dicetak semula (reprint).

Windmill Hill, Wiltshire 29 Julai 1996
Hochfelden, Zurich Switzerland 8 Julai 2010

3 armed Triple Julia Set 

photo courtesy Lucy pringle’s.

Saiz

 Crop circle terbentuk dalam pelbagai saiz, dari hanya beberapa kaki diameter hinggalah beberapa ratus kaki daimeter. Salah satu rekabentuk terbesar pernah dicatatkan ialah di  Milk Hill,  Wiltshire, yang mempunyai saiz 1500 kaki dan diameter keseluruhan 878 kaki atau 267.5 meter. Crop circle’s yang diberi nama six armed Julia set ini mempunyai sebanyak 490 buah bulatan-bulatan kecil  yang mempunyai diameter diantara 1 kaki hinggalah 70 kaki.

Menurut John Lundberg, seorang pemalsu (hoaxes) ‘Jika formasi ini adalah buatan manusia, ia hanya mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk membuatnya”

 Memandangkan formasi ini mengandungi lebih dari 400 lingkaran,dan ada diantaranya sebesar 70 kaki, ini bererti bahawa untuk manusia boleh atau perlu membina salah satu bulatan setiap 30 saat, dibawah kegelapan malam, tanpa disedari oleh sesiapapun.

 Karen Douglas, 31, seorang pengkaji crop circle  dari Gosport, Hampshire, berkata “‘This is very, very exciting. Even the people who usually debunk the formations think this one is incredible. It is the sheer size and complexity that sets it apart. There have been big formations before but never as many circle’s. People are really astounded by it”.

 The Angel” , Formasi ini ditemui ditenggara Gog Magog UK, ukuran diameter 237 kaki muncul pada 11 Julai 2001

The Angel

photo courtesy  Steve Alexander Copyright The Crop Circle Connector 2001

Berikut adalah beberapa contoh beberapa formasi crop circles yang mengambil masa lebih dari satu malam untuk lengkap sepenuhnya. Formasi ini ditemui diAvebury Manor nr Avebury Wiltshire pada 15 Julai dan lengkap sepenuhnya pada 23 Julai 2008

Avebury Manor nr Avebury Wiltshire UK 15 Jul dan 23 Jul 2008

photo courtesy The Crop Circle Connector 2008

Satu peristiwa yang menakjubkan berlaku  selama 7 hari di Milk Hill, Alton Barnes,Wiltshire, pada 21, 23 dan 27 Jun 2009, Sehingga kini formasi ini merupakan rekaan yang mengambil masa paling lama untuk sempurna sepenuhnya. Apabila sempurna panjang formasi ini adalah 1000 kaki.

   

Fasa 1, 21 Jun 2009                               Fasa 2, 23 Jun  2009                                

Fasa 3, 27 jun 2009

photo courtesy Lucy pringle’s.

Namun begitu luas keseluruhan lakaran crop circle ini masih lagi tidak dapat menandingi Crop circle Human Butterfly atau Mothman Crop Circles iaitu  seluas 530 meter X 450 meter atau 1590 kaki X 1350 kaki, atau lebih kurang seluas 4 buah padang bola. Formasi ini di temukan pada 7 ogos 2009 di sebuah lading di pekan Goes di selatan Belanda. Crop circle ini mengambarkan bentuk manusia atau Vitruvian Man seperti yang dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1487.

Six Armed Julia Set, Milk Hill Wiltshire 14 Aug 2001
Human Butterfly , Goes, Selatan Belanda 7Aug 2009

Pada hari ini ini  Crop circles semakin berkembang dan bertambah semakin kompleks, tidak mudah ditiru atau dicipta (generated) oleh computer kerana sesetengahnya berkaitan  atau mempunyai unsure- unsur yang berkaitan dengan hukum fourth dimensional quantum physics.

Biofizikal Dan Tanaman Yang Tidak Normal (Plant Abnormalities)

Berdasarkan kepada kajian saintifik yang dilaksanakan oleh BLT Research Team Inc yang diketuai oleh Nancy Talbott terdapat sesuatu yang unik trejadi terhadap tanaman dimana crop circle terbentuk. BLt research team sering manjalankan  Kajian-kajian saintifik dikawasan lading-ladangan  tanaman seperti gandum,barli, oat, jagung dan reapsead (conola) dimana corp circle terbentuk. Berikut adalah penemuan berdasarkan pemerhatian dan kajian saintifik mereka.

a)      Bengkok dan tidak patah (bend not broken)

Berdasarkan kepada kajian  terhadap batang-batang tanaman  yang ditemui dikawasan crop circle yang asli terbentuk, para penyelidik mendapati terdapat tanda-tanda ruas batang-batang tanaman tersebut di bengkokkan. Ini dapat di lihat pada ruas pertama, kedua, ketiga, bahkan keempat.

berdasarkan analisis, bengkok pada batang tanaman ini biasanya  bermula beberapa inci dari tanah kesan terhadap pendedahan pancaran haba. Ujian makmal menunjukkan kesan ini hanya boleh diperoleh melalui pancaran ultrasound pada 5.2 megahertz yang membentuk haba sehingga 1500 darjah Celsius dalam nanosecond sahaja. Struktur tanaman yang telah diubah akan terus membesar (condong) tumbuh kearah mana batang tanaman berkenaan direbahkan .

photo courtesy W.C. Levengood, BLT Research Team Inc


b)      Terdapat tanda-tanda pecah, biasanya pada ruas kedua dari atas biji tanaman

c)      Terdapat pembesaran ruas tanaman. –Pembesaran  atau peregangan ruas adalah kesan dari  pendedahan haba atau tenaga  yang terkawal.

d)      Pertumbuhan tanaman menjadi terencat.Isi atau biji yang terdapat pada tangkai tanaman menjadi kerdil atau tidak matang jika Crop circle terhasil dikawasan berkenaan sewaktu tanaman belum matang.

e)      Tanaman akan terus membesar, tetapi pembesaran biji benih terbantut.

f)       Batang-batang tanaman berkait atau disimpul bersambung-sambung.

g)      Biji atau isi tanaman pada tangkai menunjukan tanda-tanda kehilangan air atau dehiderasi jika crop circle terhasil dikawasan tumbuhan yang hampir matang.

h)      terdapat gangguan terhadap embrio biji benih . Terdapat pengosongan rongga biji benih (expulsion cavities) yang menunjukan berlakunya perubahan suhu yang tinggi atau berlaku pemanasan dari dalam biji benih tersebut.

i)        Bukti lain pula menunjukan bahawa bahagian bawah tumbuhan berpusar mengikut kesimbangan atau keharmonian matematik (mathematical proportions) yang berkaitan dengan Golden Mean, iaitu putaran atau pusaran asas alam semulajadi dan tidak hanya rebah ke satu arah sepertimana yang terdapat pada crop circle palsu ciptaan manusia pada peringkat awal ( hoaxes) dulu

j)        Sesetangah Lantai crop circle mempunyai sehingga lima lapisan tanam-tanaman, dan kesemuanya berlawanan arah diantara satu lapisan dengan lapisan yang lain, dan setiap biji tersusun dengan rapi

k)      Terdapat kesan-kesan besi atau iron pada tanah, biasanya dalam kelompok –kelompok yang kecil, berbentuk sfera dan  mempunyai zarah-zarah magnetic

l)        Terdapat debu-debu halus berwarna hitam biasanya ditemukan pada daun dan batang tanam-tanaman.

Crop Circle’s – Quest for Truth

 

A picture mean thousand word

A picture mean thousand word adalah perumpamaan yang tepat boleh digunakan terhadap crop circle’s. Crop circle yang muncul terbentuk mempunyai mesej tertentu yang ingin disampaikan, bukan hanya lakaran yang tidak membawa sebarang makna atau lebih tepat hanya hasil  seni. Crop Circle’s biasanya mengandungi anagram-anagram yang memerlukan manusia berfikir dan mencarinya, Lebih unik lagi,berapa panjang sesuatu maklumat, perkiraan  matemetik atau pun satu farsa ayat boleh disampaikan dengan hanya menghantar satu bentuk formasi crop circle.

Antara maklumat atau mesej yang popular.

 Pi @ π = 3.14159265

Euler’s identity

Beware the bearers of FALSE and their BROKEN PROMISES. Much PAIN but still time. BELIEVE. There is GOOD out there.We OPpose DECEPTION. Conduit CLOSING

Arecibo Message Reply

The Chilbolton ‘Arecibo message’ Formation

 Kawasan Atau Tempat Pembentukan Crop Circle

Crop circle’s biasanya ditemui dikawasan tanaman seperti gandum, barli, rapeseed (Canola), oat dan rai. Kadang kala Crop Circle’s juga ditemui pada salji atau kawasan berais (ice circle) dan juga tanah. Sehingga kini belum ada laporan menunjukkan crop circle ditemukan di kawasan berpasir atau kawasan berhutan.  

Fenomena Ganjil

Banyak saksi menyatakan terdapat fenomena objek bercahaya di kawasan pembentukan crop circle. Biasanya dari sebesar bola golf  hingga sebesar bola sepak. Sesetengah fenomena ganjil ini dapat dirakam menggunakan kamera video tetapi dari jarak yang agak jauh.

Lights Forming Crop Cirlces 

 

Gangguan Medan Megnatik.

Kegagalan peralatan elektronik seperti kamera, peralatan rakaman, cell phone untuk berfungsi. Kompas tidak lagi menunjukkan arah utara, biasanya akan menyimpang 10-20º dari arah Utara. Masalah ini biasanya dialami oleh semua jurugambar terutamanya yang terbang melintas crop circle. Dalam sesetengah kes peralatan tersebut tidak boleh dibaiki. Perkara ini kebiasaanya berlaku dikawasan crop circle baru terbentuk.

 

Reaksi Haiwan dan Manusia

Berdasarkan kepada pemerhatian menunjukkan bahawa haiwan turut memberikan reaksi yang berbeza apabila berada dikawasan ini. Contoh, sekumpulan angsa (geese) biasanya berpecah apabila melalui kawasan crop circle terbentuk, dan bersatu semula membentuk V selepas melalui kawasan berkenaan. Haiwan-haiwan lain seperti lembu dan rusa juga memberikan reaksi yang berlainan apabila dibawa ke tempat penemuan crop circle.

Manusia pula menyatakan terdapat gangguan pada perlatan elektrik dirumah mereka seperti ganguan pasa system keselamatan rumah, gangguan siaran televisyen, pengera asap, telefon dan radio semasa proses pembentukan crop circle.

Penemuan Struktur Kristal Pada Tanah.

Struktur Kristal yang biasanya ditemui pada mineral tanah liat ditemui pada mineral tanah. Stuktur Kristal ini  biasanya hanya ditemukan pada batuan  sedimen yang telah terdedah kepada tekanan dan pemanasan teras bumi yang mengambil masa beratus-ratus tahun.

Ciri-ciri yang terdapat pada crop circle’s yang asli ini biasanya digunakan untuk membezakan diantara crop circle yang asli dengan crop circle yang dibentuk olah manusia (hoaxes). Perbezaan berdasarkan pemerhatian sahaja kadang kala cukup jelas untuk membezakan antara keduanya. Kesimpulannya crop circle yang asli dibentuk oleh satu kuasa lain yang belum lagi dapat dikenalpasti. Manusia hanya boleh menaruh syak,membuat tanggapan atau andaian kerana belum ada bukti yang benar-benar konkrit.

Rujukan

  1. Wikipedia the free encyclopedia- Symmetry
  2.  Crop Circle’s: The Formative Years 1972-1989 Freddy SIlva, The Crop Circular
  3. Psychedelic Adventure, Crop Circle Season 2009 Part 3 : June
  4. One Vibration. UK Crop Circle Season 2009  Omnitheus Oneironaut Crop Circles in-OVation
  5. Cosmic Crop Circles,UK Crop Circles, cosmic magic and more…Crop Circles 2009
  6. The Crop Circle Connector
  7. Crop Circle Physic
  8. Clay- Mineral Crystallization Case Study, BLT Research Team Corp
  9. So It’s All Done With Plank And Bits Of String, Is It? The Crop Circular
  10. Daily Mail.uk
  11. Aliens: Everything You Want To Know, Crop Circles
  12. Temporary Temples
  13. The Chilbolton ‘Arecibo message’ Formation, Crop Circle Research dotcom

Leave a comment