Teori Kewujudan Formasi-Formasi Crop Circle’s.

  1. Pusaran Angin (Whirlwind Theory)

Teori pusaran angin adalah teori tertua yang dikemukan sebagai punca terbentuknya crop circle. Teori secara dasarnya menerangkan crop circle’s terbentuk kesan dari kewujudan putaran angin putting beliung kecil (small tornado) dikawasan tanam-tanaman, menyebabkan tanaman membengkok atau rebah. Pada peringkat awal kejadian crop circle’s teori ini dapat di terima abila pola-pola yang terbentuk lebih merupakan bulatan-bulatan  atau lingkaran-lingkaran sahaja.

Kelemahan yang nyata ialah tidak ada bukti menunjukkan angin putting beliung yang  membentuk crop circle’s  melainkan meninggalkan kesan-kesan lain  di persekitaran formasi berkenaan.  Teori ini sebenarnya dikemukakan oleh individu yang tidak mahu terlibat didalam perdebatan crop circle’s.

2. Kuasa Plasma Vortex  (Vortex Plasma)

Teori pertama dikemukakan oleh Dr Terrence Meaden dari Tornado and Storm Research Organization (TORRO) di Wiltshire, England pada tahun 1980an. Melalui Teori  Vortex Plasma ini Dr Terrence Meaden cuba  untuk menjelaskan semua pola lingkaran crop circle’s dihasilkan sepenuhnya oleh  fenomena alam dan atmosfera. Medan pusaran dikaitkan dengan dustdevils, putting beliung (tornado) dan juga kuasa plasma yang dihasilkan melalui geseran yang dapat menerangkan fenomena anomali cahaya yang banyak dilihat oleh saksi kejadian. Meaden mendakwa kuasa yang terlibat sampai sekarang “”unrecognized helical or toroidal forces”  yang mempunyai kaitan dengan sifat elektromagnet kerana elektrifikasi diri.” pusaran membentuk dan bermula tinggi di atas tanah, dan jatuh secara tiba-tiba keatas tanah dalma bentuk axial strike. Kajian lanjut yang dilakukan oleh Dr YH Ohtsuki dan Prof H. Ofuruton. Makmal kajian mereka berjaya menghasilkan plasma melalui  electrostatic discharge dan microwave interference.

 Kajian selanjutnya tentang Vortex Plasma dilakukan oleh Prof H. Kikuchi,dari Jepun Beliau membina model pusaran plasma  menggunakan pelbagai potensi tenaga termasuk interaksi atau pertembungan diantara antara medan elektrik axial dan medan magnet bumi.

Bagaimanapun  teori  Dr Terrence Meaden ini hanya diguna pakai pada era tahun 1980an, apabila pada waktu itu crop circle terbentuk dalam bentuk bulatan dan berpusar. Pendapat beliau tidak dapat dikembangkan lagi bermula pada awal tahun 1990an apabila satu piktogram bersekala lebih besar muncul di England. Semenjak dari tahun tersebut, lebih banyak piktogram yang mempunyai pelbagai bentuk geometri yang lebih kompleks, yang tidak memungkin ianya terbina oleh kuasa pusaran plasma atau Vortex Plasma.

3. Tenaga Bumi (Special Earth Energies)

 Ciri-ciri  luar biasa yang terdapat pada Corp Circle telah menarik banyak penyelidik lain dari luar bidang kajian sains materialistic.  Bermula pada awal tahun 1990an ramai saintis, ahli-ahli arkeologi, mistik, ekologi, dan mereka yang mahir didalam peradaban dan budaya manusia mula mengambil tahu tentang crop circle’s dan cuba menghubung kaitkan antara fenomena crop circle’s dengan bidang kajian mereka.

Silbury Hill di Wiltshire, United Kingdom menjadi tumpuan utama kajian dan eksplorasi.  Silbury Hill terletak di Kawasan ini merupakan diantara kawasan utama pebentukan formasi crop circle selain dari Avebury.  Selain itu Silbury Hill juga terletak berhampiran tapak suci purbakala iaitu Stonehenges.

Para pengkaji mula melihat dari sudut spiritual dan mistik, dan cuba untuk mengaitkan kawasan silbury Hill yang terletak di kawasan yang mempunyai beberapa garis bumi (ley lines). Ley lines adalah satu garisan yang dikaitkan dengan arus tenaga bumi (geomagnetic) Di kawasan asia di kenali sebagai Feng shui.

Teori ley lines pertama kali dikaji secara mendalam oleh Alfred Watkins dan diterbitkan didalam bukunya  The Old Straight Path. Teori ini menunjukkan bahawa fenomena luar biasa banyak terjadi di atas garis atau di sudut tepat pertemuan garis-garis bumi. Paul Devereux menjelaskan mengapa tapak-tapak arkeologi lama terletak berdekatan dengan ley line. Ini kerana garis-garis bumi atau ley line ini terletak betul-betul diatas aliran arus tenaga bumi

Contoh ley line

Para pengamai Feng Shui percaya arus  tenaga bumi mengalir keluar melalui bentuk muka bumi dan melalui pelarasan yang betul mereka yakin mampu memanfaatkan tenaga ini untuk mereka kegunaan mereka. Kajian yang dilakukan di sini bukan sahaja dapat mendedahkan fenomena misteri crop circle’s tetapi juga rahsia kewujudan  Silbury Hill itu sendiri.

 Tapak-tapak arkeologi purba a di bina untuk meniru kuasa arus tenaga bumi. Kadang kala tapak-tapak arkeologi purba ini di bina untuk meningkatkan lagi kuasa arus tenaga bumi agar boleh digunakan didalam pelbagai tujuan seperti membina agama sebagai tapak  archeo-astronomical. meningkatkan kesuburan, kemakmuran dan juga untuk tujuan penyembuhan penyakit, Pada zaman dahulu dipercayai terdapat manusia yang tahu bagaimana menggunakan kuasa semulajadi ini untuk menghubungkan dunia sebenar manusia dengan dunia spiritual.

 Para pengkaji ley line percaya fenomena crop circle’s terjadi hasil dari letusan arus tenaga bumi yang mengalir keluar ke permukaan bumi. Perkaitan yang tinggal diantara crop circle dan orang-orang terdahulu kini hanya boleh didapati melalui lambang, legenda, dan juga ramalan kuno (ancient prophecy)

 

zacxbauer@yahoo.comzackbauer@yahoo.com

 Kaum Maya dan agama Hopi adalah dua contoh budaya yang menggunakan tanda-tanda ramalan dalam kehidupan mereka. Sesetengah ciri tanda ramalan ini mempunyai persamaan dan boleh dilihat di formasi-formasi corp circle’s dan simbol-simbol cup ring maker yang terdapat dibatu-batu pra sejarah di Britain, Ireland dan Wales. Apa yang jelas ialah maklumat-maklumat yang cuba disampaikan melalui simbol atau tanda-tanda ramalan purba ini masih belum dapat diterjemahkan oleh manusia zaman moden.

 Teori ley line dan arus kuasa tenaga bumi ini sedikit fantasi berasaskan atas dasar kurang percaya daripada teori-Vortex Plasma, yang berkaitan dengan kekuatan alam yang dikemukan terdahulu daripada ini .

 

Teori Tenaga Bumi Dan Hipotesis  Pendekatan Gaia

Hipotesis Gaia oleh  James Lovelock menerima  sokongan sejak kemunculan crop circle yang dikaitkan dengan tanaga bumi (earth energies). Pendekatan Gaia adalah  satu holistik, melihat kewujud bumi sebagai satu makhluk yang hidup yang mempunyai sifat-sifat melindungi , berkembang dan mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan  diri dengan tekanan  persekitarannya sendiri., sama seperti manusia,haiwan atau tumbuh-tumbuhan bertindakbalas  terhadap rangsangan yang diterima dari dalam atau luaran.

 Aspek yang menjadi kontorversi didalam hipotesis Lovelock ialah apabila ialah sibernetik melawan komponen organism (cybernetic versus the organismic components) .

Jika satu kitaran maklum balas semula jadi, contohnya kita mengambill kitaran nitrogen pada tumbuh-tumbuhan misalnya, bahagian-bahagian tumbuhan bertindakbalas seperti yang telah dijangkakan terhadap kitaran nitrogen, bermaksud tumbuh-tumbuhan berjaya mengawal pusingan maklumbalas, ini menunjukkan Gaia menunjukkan ciri-ciri sibernetik (cybernetic). Bagaimanapun, jika tumbuh-tumbuhan menunjukan reaksi yang unik dan kreatif  atau satu reaksi yang luarbiasa terhadap satu rangsangan yang biasa, ini menunjukan Gaia memperlihatkan satu ciri organisma. Ahli-ahli sains secara umumnya mendapati dualisme ini menjadi satu percanggahan lojik.  Jika berlaku sesuatu yang besar  atau secara global, fenomena tempatan  tidak boleh diubah untuk manjadi satu mekanisme…yang mana secara umumnya tidak dapat diterima oleh kebanyakan ahli sains. Crop circle cenderung ke dalam kategori tindakbalas organism (organismic responses).Kebanyakan ahli sains, tidak mempunyai jawapan yang kukuh  terhadap “bagaimana” lingkaran tanaman, mahu tunduk atau menurut tindakbalas yang dijangkakan  daripada “mengapa” Crop circle mahu menurut tindakbalas yang dijangkakan.

Hipotesis Gaia yang dikemukakan oleh James Lovelock boleh diterima guna sebahagiannya, apabila ahli sains mendapati paksi bumi telah mula berubah dari paksi asalnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu persoalan yang muncul adakah paksi bumi ini berubah disebabkan oleh tindakan bumi mempertahankan diri, atau menyesuaikan diri diatas segala yang berlaku diatas muka bumi ini, seperti pemanasan global, pencemaran alam sekitar ataupun peredaran masa,  aktiviti umat manusia diatas permukaannya, ataupun disebabkan oleh faktor-faktor lain.

Teori tenaga bumi dan hipotesis pendekatan Gaia  yang digunakan untuk memahami keseluruhan fenomena crop circle’s, akan diterima jika mampu memberi penjelasan yang lebih memuaskan. Terlalu banyak faktor-faktor lain dipersekitaran pembentukan crop circle.Kedudukannya yang terletak di kawasan suci, simbolisme yang terdapat didalamnya , dan kewujudan atau pembentukannya pada masa ini manarik perhatian  kepada sesiapa yang mengabaikan the earth connection. Ini adalah kelemahan ilmu pengetahuan moden yang terlalu banyak member penekanan pada teknologi dan kajian pembangunan ekonomi. Ini membuatkan kita terlupa sebahagian besar dari kekuatan-kekuatan alam yang lebih besar dari lingkungan kita, tetapi hanya kini baru dirasai.

Teori Medan Elektro magnetik (Electro-Magnetic Fields)

Orang yang bertanggung jawab menyelidik dan membangunkan teori medan magnetic bumi berkaitan dengan crop circle’s adalah Andrew Colins . Beliau adalah orang yang mula-mula mengkaji teori ini dengan  dengan membawa  magnemometer ke kawasan formasi crop circle’s terbentuk dan mengambil bacaan kuasa medan megnetik di kawasan tersebut.

Hasil bacaan yang diterima menggunakan magnemometer adalah amat menakjubkan. Beliau mendapai bacaan magnemometer dikawasan formasi crop circle’s meningkat hampir 120 peratus.. Lebih menakjubkan lagi apabila bacaan-bacaan  magnemometer tersebut diplotkan pada kertas kajian ia menghasilkan satu bentuk dan pola yang sama seperti yang terdapat pada crop circle’s berkenaan. Andrew Colins  menjangkakan terdapat satu sumber satu kuasa medan elektro magnetik yang berada  kira-kira 20 kaki dari atas dan bawah tanah yang membentuk formasi berkenaan. Beliau bagaimanapun gagal untuk mengenalpasti sumber kuasa berkenaan.

Terdapat banyak bukti yang menyokong teori Andrew Colins ini. Satu darinya adalah rekod yang konsisten terhadap gangguan elektro magnetik bumi di kawasan-kawasan formasi crop circle’s terbentuk.

Contoh magnemometer

Teori ini ditolak sebahagiannya terutamanya pada hujah yang mengatakan crop circle’s terbentuk dikawasan yang mengalami ganguan medan elektro megnetik bumi. Bagaimana dengan rekabentuk dan pola yang terbentuk? Adakah di kawasan tertentu sahaja, sedangkan gangguan medan elektro megnetik bumi juga terbentuk di kawasan lain di seluruh dunia.Jika medan elektro megnet merupakan kuasa yang merebah atau menumbangkan tanam-tanaman dan membentuk membentuk crop circle’s, bagaimana dengan kawasan tanaman yang lain di seluruh dunia, mengapakah crop circle’s terbentuk di kawasan tertentu sahaja.Para pengkritik  mengakui teori ini lebih baik dari teori pusaran angin (whirlwind theory) tetapi masih belum Berjaya menjawab semua persoalan yang wujud.

Teori Muzik (Music Theory)

 Mainkan klip ini

Close Encounter Of The Third Kind diterbitkan pada tahun 1977 berdasarkan imagenasi pengarahnya iaitu Steven Speilberg berkenaan perhubungan diantara bangsa manusia dan makhluk asing. Banyak yang menarik boleh dilihat dalam filem tersebut, yang pada peringkat awal adalah hanyaimagenasi pengarahnya, tetapi menjadi kenyataan akhir-akhir ini. Namun fokus dalam perbincangan hari ini adalah nota muzik , atau nada lagu atau note yang digunakan sebagai medium perhubungan diantara manusia dan ‘ The Third Kind” iaitu makhluk asing.

 Fokus utama adakah nota muzik atau note ini boleh menghasilkan sesuatu bentuk yang tertentu. Teori muzik ini cuba untuk menerangkan bahawa lantunan glombang muzik yang dikawal boleh menghasilkan bentuk atau formasi yang tertentu.

 Ini adalah salah satu teori yang agak extrem. Teori ini cuba mengemukakan pandangan beberapa pengkaji muzik bahawa crop circle terbentuk berdasarkan lantunan gelombang gelombang muzik yang mempunyai nada atau tone yang berbeza-beza.  Secara umumnya mereka melihat crop circle’s sebagai satu visual yang mewakili nada-nada bunyi atau secara specificnya nota muzik yang bersekala atau mempunyai skala muzik yang tertentu.

 Menurut pandangan mereka, didalam muzik terdapat beberapa skala muzik yang sering kali digunakan dalam mengubah muzik. Antaranya dikenali sebagai Just scale dan tunning scale. Skala-skala ini diwakili oleh note C, D,E, F, G , A,B dan C. Setiap skala note ini pula mempunyai nilai nisbah pitch yang berlainan. Perbezaan diantara nisbah pitch contohnya C dan D digunakan dalam mengenalpasti note berikutnya, bagi memastikan music consances tidak akan menghasilkan  frekunsi yang tidak mempunyai rentak (no beat frequency). Keterangan lanjut sila lihat laman ini (crop circle Theories –The Music Theory)

 Berdasarkan kepada penjelasan di berikan, crop circle’s sememangnya mempunyai nada bunyi yang tertentu atau boleh dikatakan  boleh bersuara. Apakah maksud nada-nada bunyi berkenaan,. Secara dasarnya teori ini lebih jelas cuba menerangkan mesej atau maksud yang cuba disampaikan oleh formasi crop circle’s  berbanding bagaimana crop circle’s  tersebut terbentuk. Bagaimana pun ruang lingkup kajian ini amat luas bagi sesiapa yang berminat untuk mengkajinya. Pokok persoalanya disebalik teori ini adalah bukan bagaimana formasi tersebut dibentukkan, tetapi apakah atau siapakah yang memainkan nota atau nada muzik tersebut sehingga terbentuknya pola formasi crop circles di lading-ladang berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: